KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 21, 2008

Suara Keadilan Jawab Surat Tunjuk Sebab KDN Semalam

bernama | Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan telah menjawab surat tunjuk sebab Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam masa yang ditetapkan, kata Ketua Penerangan PKR Tian Chua.

Beliau berkata surat tersebut diserahkan dengan tangan ke pejabat Ketua Setiausaha KDN, Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran di Putrajaya semalam, sebelum berakhir tempoh tujuh hari yang diberi oleh kementerian tersebut untuk menjawab.

"Dalam surat itu juga disertakan salinan naskah terbaru Suara Keadilan yang memuatkan pembetulan dan penarikan balik berita mengenai kesihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Cop akuan penerimaan pada tarikh tersebut telah pun diperolehi dari pejabat KDN dan salinan surat itu juga dihantar melalui faks pada tarikh yang sama," katanya dalam satu kenyataan hari Sabtu.

Suara Keadilan diberikan surat tunjuk sebab kerana laporannya yang memetik sumber-sumber yang mendakwa Musa lumpuh setelah menjalani pembedahan pintasan jantung.

Semalam, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehingga tengah hari semalam, KDN belum menerima jawapan daripada Suara Keadilan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive