KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 19, 2008

Mari Curi Pasir !!!

Hoi hoi hoyahoi ... hati kita gembira. ..... Hoi hoiya pulang dapat harta !!!
Begitu gembiranya hati pencuri pencuri pasir di Selangor.

Kalau susah sangat nak rompak, bank dan kedai emas, perompak perompak boleh lah mencuri pasir. Tak der siapa yang marah dan larang sementara tiada hukuman yang berat. Paling teruk pun hanya di sitar kenderaan dan kenderaan baru boleh di keluarkan dalam masa yang singkat menggunakan untung yang anda perolehi. Setakat RM200,000 nilai kenderaan ... Untung beratus juta.

Apa da hal ...... !

Berita menarik dari Utusan, untuk kita kongsi bersama. Korang baca berita ni ....

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) mahu semua aktiviti melombong pasir berdekatan paip-paip utama dihentikan bagi mengelak kejadian paip pecah sehingga menjejaskan kehidupan harian rakyat berulang.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarah berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian di setiap negeri bagi memastikan tiada aktiviti melombong pasir dilakukan berdekatan paip utama.

''Kita akan pastikan supaya tidak ada aktiviti perlombongan pasir berhampiran dengan kawasan paip utama kerana ia merupakan nadi kepada bekalan air.

''Walaupun kita boleh kenakan denda sehingga RM50,000 atau enam tahun penjara jika sabit kesalahan atau minta ganti rugi (aktiviti perlombongan haram) tetapi akibatnya ia akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan imej negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kerja-kerja penggantian tiga batang paip pecah di Kampung Revolusi Hijau, Semarang di sini hari ini.

Kejadian paip pecah pada Khamis lalu itu telah menyebabkan lebih 350,000 penduduk sekitar Hulu Langat, Kuala Langat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terputus bekalan air.

Menurut Shaziman, pihaknya tidak menolak aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan itu telah menyebabkan berlaku kejadian paip pecah itu.

Tiada perkataan "perlombongan HARAM". Semuanya dah jadi HALAL ke..... Kah Kah kah.

Malah kelihatan di dalam berita seolah olah, kerosakan paip lebih besar isunya dari mencuri pasir.
Shaziman minta selepas ini operasi pasir tidak di lakukan berdekatan dengan paip air.

Semua diorang ni dah kena sogok oleh tawkey pasir ke?

Pejabat Tanah dan Galian, Menteri besar Selangor, YB dan EXCO .... sila jawab !!!!
Kalau Kerajaan Negeri merestui, apa yang kita tunggu lagi .... MARI CURI PASIR !!!

3 comments:

matcomot said...

wak salam..
lama x masuk komen c ni.adik aku sakit.dok taiping je.dah 2 minggu x balik kl.

hang nak tau kenapa kes curi pasir di selangor?

sebab MB selangor khalid kepala senget lembab buat kerja.sampai la aku komen kat blog hang ni..permit melombong pasir di bekukan dan tidak di berikan kepada mana mana pengusaha.

semua pasir yang di gunakan di selangor sekarang ni adlh pasir curi.

kenapa permit belum di luluskan?hang rasa kenapa yee.....

hahaha..

take care wak

armouris said...

saya cadangkan agar wak buat satu blog khusus untuk isu curi pasir ni. blogger2 lain sume boleh sumbang idea, artikel, hasil siasatan kat blog ni. skrg ni cam berterabur.

kita kritik bukan nak jatuhkan, tapi sebab kita sayang kerajaan PR, nak betulkan apa yang salah.

info-kesihatan-anda.blogspot.com
info-jariah.blogspot.com

armouris said...

saya cadangkan agar wak buat satu blog khusus untuk isu curi pasir ni. blogger2 lain sume boleh sumbang idea, kritikan, artikel, hasil siasatan kat blog ni. skrg ni cam berterabur.

kita kritik bukan nak jatuhkan, tapi sebab kita sayang kerajaan PR, nak betulkan apa yang salah.

info-kesihatan-anda.blogspot.com
info-jariah.blogspot.com

Posting terkini

Blog Archive