KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 30, 2008

PKNS: Kenapa PAS dan bukan EXCO?

PKNS: Pas serah nama
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sebaliknya Pas yakin mereka antara yang layak untuk menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu.

"Setakat ini kita ada dua nama yang sesuai berdasarkan kebolehan mereka. Kedua-dua individu itu tidak semestinya pegawai dari PKNS," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, Pas Selangor mahu mencadangkan beberapa nama calon kepada Abdul Khalid untuk dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS.

Ia dibuat ekoran keputusan kerajaan negeri melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi untuk memangku jawatan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.... selanjutnya.
Aku tak tau kenapa tajuk berita ni lain macam je. Sudah beberapa hari kalau cerita tentang PKNS, PAS seolah olah membuat keputusan.

Dato' Dr. Hassan Ali adalah Pesuruh Jaya PAS Selangor merangkap Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor.

Di dalam urusan penggantian jawatan Pengurus Besar PKNS adalah sepatutnya tanggung jawab EXCO dan bukannya PARTI. Secara logiknya, Dato' Hassan Ali seharusnya menggunakan tiket EXCO untuk membuat keputusan dan bukan PAS.

PKNS mempunyai kepentingan rakyat negeri Selangor. Kalau atas tiket EXCO ... memang patut. Tapi kalau menggunakan tiket PAS dalam membuat keputusan, ia hanya keputusan Parti.

Kenapa tidak, 'EXCO bertanggung jawab serah nama' dan bukan 'PAS bertanggung jawab serah nama'? Lain makna nya tu,

Tajuk berita ni memang dah beberapa hari keluar. Asyik asyik PAS bertanggung jawab. Adakah ini konspirasi untuk menjatuhkan PAS atau memecahbelahkan PAS dan PR di dalam negeri Selangor? Agenda siapa ini?

9 comments:

rasaBijak said...

alaa wak, diorg media perdana sedang bersedia utk "blaming game".. kalu laa pilihan pak hasan ali tu tak secocok, nanti senanglaa diorg nak salahkan PAS pulak..

Anonymous said...

Hassan Ali kena buat penjelasan. Dia bukan mewakili PAS tapi EXCO. Kalau lepas ni 2 calun itu mempunyai background yang tidak baik, maka PKNS dan rakyat akan salahkan Hassan Ali.

Kalau Hassan tak buat penjelasan. Dia dan PAS bakal kena.

Khir Toyo senyum sebab rakyat dah lari fokus.

Anonymous said...

Semua ambil kesempatan bila MB Selangor buat silap.

Esok tak tau apa lagi cerita

Anonymous said...

Kalau MB Selangor sedikit fikir sebelum buat keputusan. Tak jadi macam ni.

Hancus hancus
UMNO dah ada senjata nak serang PR

Mike said...

Hasan Ali dengan Zulkifli Nordin adalah dua kali lima.

Zul macam budak kecik takut kehilangan barang permainan, jadi dia akur dengan apa saja asalkan boleh simpan 'toy' itu. Sedih!!!

Yang Hasan Ali pulak Kapitalis dan Oppotunist. Masa dia kerja JPM dulu dah nampak betul 'greed' dia. Dia, kalau masuk umno dulu, jauh perjalanan untuk jadi exco, jadi dia gamble masuk Pas, cepat sikit jadi Exco.

Sekarang ni dia berangan nak jadi MB Selangor. PKR dan PR kena hati2 dengan dia and a few others in Pas.

Anonymous said...

Hassan Ali adalah mangsa game politik UMNO jugak....dia ni hero kampung nak tunjuk pandai tapi tak cerdik..beza orang pandai dan cerdik ialah
1] orang pandai reti buat keje je
pastu dia tunjuk pandai dan
hentam orang sana sini tak betul
2] orang cerdik reti buat keje,reti
jaga nama,jaga itu ini dan buat
strategi untuk berjaya.pandai
buat kerje dan tahu selok belok
nak main game.

Orang PKR dan PR yang lebih ramai menang ni tunggu je nak pulas telinga Hassan budak nakal ni..pandai cakap tapi keje tak reti sangat nak buat. pandai keluar kenyataan politik untuk kepentingan sendiri je...

Itulah gerakerja orang yang berangan nak jadi MB Selangor....

Bagilah dia buat kenyataan hari2...

Gerhana bulan Hijau Putih

Putra IJ80 said...

Melihat komen komen meker smuer,

Kesian pulak saya pada Uncle Hassan Ali ni...

Yg.Pernah jadi idola saya,ketika membawa pekerja perkerja mengikuti
latihan ketahanan mental di Sbha.Camp.di Ulu langat sana.

Kesemua pekerja yg.di hantar(300 orang)...balik dari menghadirinya ,di dapati prestasi mereka OK.,dan ada yg.di beri kenaikan pangkat seterusnya.

Tapi bila dalam parti.,i.e(PAS)die agak kebingungan.,

Banyak kerja kerja nya tidak menampkan keberkesanan.

Umpama nya dalam MUIS.LZS.,dan yg.bersangkutan.

Sekarang isu PKNS.

Apa kah beliau Sakit(Uzur)atau berada di dalam tekanan?????

Kerana itu seblom kita buat kesimpulan,elok lah risik risik,tinjau tinjau ato berziarah melihat keadaannya.

Tak salah,kalu jadi kakak saya kan.?.

Eh! itu iklan,

Tak salah kalau kita bertanya kabar,atau berkirim salam mendoakan kesejahteraan serta kekuatan iman bagi nya.

OK?.

Jgn Maree!!!!!

armouris said...

kalau kita down, pakar motivasi boleh up kan kita...

kalau pakar motivasi sendiri yang down, sape pulak boleh tolong dia?

PAS Selangor cepat2 la buat muhasabah....

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

Anonymous said...

Aku org PAS, berjuang utk PAS, aku tak mengharap pangkat atau laba apa2 dari PAS walaupun dah menang sekarang. Aku berjuang kerana ALLAH. Yang aku sedihnya Ustaz Salehen Mohyi yg juga K. Pemuda PAS Selangor seolah2 dipinggirkan oleh Si HASSAN ni. Yg Aku angin satu badan ni bila si HASSAN ni lantik si Zaharuddin Gamis tu dlm MAIS ke Jais. Apa jasa si Zaharuddin ni utk menangkan PAS di Selangor, yg ada dia mengutuk dan belasah PAS. Org mcm ni ke yg kau percaya sgt ni HASSAN ooi. Aku nak menyeru semua member PAS tahun depan kita singkirkan Si HASSAN opportunist ni dan lantik Abg MAT SABU sbg Pesuruhjaya PAS Selangor. Abg Mat pun duduk ss19 Shah Alam je. Amacam ada ok ke aku punya cadangan ni

Posting terkini

Blog Archive