KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 29, 2008

PKNS: UMNO sudah mula guna kesempatan

Sudah ku bilang, sudah ku kata. UMNO akan ambil kesempatan kerana sekali lagi kesilapan yang dilakukan oleh MB Selangor di dalam menyelesaikan masalah yang terlalu mudah.

Baca berita ini ....

Beliau, yang juga ketua bahagian Umno Selayang, mendakwa tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bertujuan untuk mengekalkan sokongan bangsa lain terhadap Pakatan Rakyat.

“MB mencari kaedah untuk mengembalikan sokongan-sokongan bangsa lain kepada mereka tanpa mengira maruah bangsa (Melayu) yang dijual.

“Apa yang dibuat (keputusan tersebut), tidak nampak kepada pembelaan terhadap bangsa Melayu," tambahnya, sambil menyebut kontroversi yang dicetuskan oleh Abdul Khalid berhubung kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ogos lalu.

Pemuda Umno Selangor akan menghantar surat bantahan berhubung pelantikan itu kepada menteri besar dalam masa yang terdekat, kata Abdul Syukur. "Selewat-lewatnya awal pagi Khamis (ini)," katanya. - Malaysiakini
Sebenarnya jika Melayu menjadi pengurus PKNS sejak dulu, tidak pernah di persoalkan oleh bangsa lain. Di dalam PKNS semua bangsa bekerja sama. Tak tau mana datangnya idea lalu MB menjadikan Mdm Low sebagai Pengurus sementara yang kononya cukup berpengalaman di dalam pengurusan PKNS.

Benda ni memang dah jangka. UMNO sedang menanti peluang yang cukup lumayan ciptaan MB Selangor. Sebagai penyokong kuat Pakatan rakyat, aku dah letih sebenarnya nak menjawab kalau kenyataan yang keluar dari MB Selangor menyimpang dari tujuan sebenar.

Kerapkali bila MB Selangor di sergah wartawan, jantung aku berdetup detap bimbang kemungkinan jawapan yang keluar. Bila jawapannya tersasar dan di politikkan oleh pihak satu lagi aku letih nak jawab.

Orang tanya aku ..." Dulu kau kata PR bagus memerintah, kenapa sekarang ........" ADuh letih laaaaa.......

MB ada setiausaha politik masing masing. Bukan tu sahaja malah ramai lagi EXCO EXCO yang pandai berpolitik untuk bantu. Soal menjawab wartawan ni, kalau tak bijak, jangan jawab. Wartawan pandai olah tajuk dan soalan sehingga menjadikan ianya sensasi dan mudah jual surat khabar. Itu MB kena bijak. Tapi biar lah tunduk sikit ke bumi untuk terima nasihat. Jangan jadi terlalu degil sampai jadi bodoh sombong.

Masalahnya bukan sekarang beb ... tunggu 4 tahun lagi. Ketika waktu hampir pilihanraya dan tempoh berkempen. Ketika itu nanti baru lah sibuk nak cerita baik baik. Dengan isu ini juga, UMNO akan jadikan peluru untuk tembak Pakatan Rakyat. Itu jam ... lu pikir la sendiri.

Itu sebab gua cakap ....

Ada akai ...... pakai
Ada otak .... jangan simpan dalam kotak.

11 comments:

Anonymous said...

Aku setuju wak. Tempoh setahun ni pun dah banyak isu.
Letih kita nak jawab nanti.
Kalau benda ni ditimbulkan jadi modal berkempen UMNO pada PRU 13 nanti.

Bila MB Selangor nak tutup mulut?
Wak kasi ajar sikit.

Anonymous said...

PIKIR !!!! KECOH TU SEBAB DIBAWAH NI! TENGOK SAPE PAKAI OTAK !

mula2 baca cerita tu aku pun tertanya kenapa MB khalid lantik cina jadi pengerusi PKNS..tapi bila dah baca sebab nya..maka aku setujulah..dlm PKNS tu ramai melayu UMNO, kalau nak mintak dorang tolong kerajaan PR utk siasat PKNS memang tak jalan lah..kalau cina ni boleh diharap utk membantu..apa salahnya guna kebolehan dia..(utk makluman jawatan itu hanya utk setahun saja)

"Di Shah Alam, Khalid mendedahkan PKNS masih berkerja untuk kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor sebelum ini.

Bukan setakat ittu sahaja, malah beliau juga mendedahkan akaun sedia ada PKNS tidak mencerminkan gambaran yang betul tentang operasi perbadanan tersebut.

"Sebagai contoh, mengikut laporan akaun tahun 2007, Pengerusi PKNS mendakwa perbadanan tersebut berjaya dalam perniagaan pembangunan hartanah setelah mengaut untung sebayak RM500 juta. Namun setelah disemak, didapati 50% keuntungan tersebut berbentuk “extra-ordinary items” (hasil pendapatan luar biasa).

"Berkaitan dengan pengumuman keuntungan tersebut, turut diperlihatkan keputusan yang meragukan apabila PKNS menghadiahkan RM100,000 kepada mantan Pengerusi PKNS, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebagai bonus terhadap kejayaan PKNS memperoleh “keuntungan” tersebut," kata beliau dalam kenyataannya mengenai perlantikan Low.

"Lebih parah lagi, kami dapati terdapat beberapa aktiviti dan keputusan perniagaan (business decision) yang dibuat bukan berdasarkan keperluan PKNS tetapi keperluan politik kerajaan yang terdahulu!"Perkara ini sudahpun diakui oleh Pengurus Besar sekarang dan Low bersedia bekerjasama dengan lembaga pengarah PKNS bagi mengenal pasti perkara yang dibetulkan yang sekali gus membaiki pentadbiran perbadanan itu," kata Khalid.

Pihaknya juga, kata beliau, mendapati terdapat unsur “conflict of interest” dalam struktur PKNS itu sendiri apabila terdapat sekumpulan pegawai kanan memegang saham 30% dalam anak syarikat PKNS, iaitu PKNS Infra Sdn Bhd.
Setelah membuat pemeriksaan terhadap rekod PKNS selama 44 tahun ini, katanya lagi, pihaknya amat kesal apabila mendapati pengalaman PKNS dalam usaha memartabatkan kaum Melayu dalam bidang peniagaan, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, amat tidak membanggakan. Ini disebabkan lebih 75% daripada projek yang dilaksanakan diberi kepada syarikat bukan Melayu baik secara langsung mahupun tidak secara langsung.

Anonymous said...

Kalau itulah maksud sebenar perlantikan Cina tu,

Kenapa tidak di sekat pembabitan UMNO 8 bulan yang lepas?

Kalau jawapannya adalah kerana Dato Harun salim masih ada, soalan seterusnya adalah MB punya kuasa hendak letak wakil beliau di PKNS. Dato Harun salim tidak boleh reject keputusan MB.

Kembali pada soalan pertama, kenapa lambat bertindak?

Anonymous said...

Jangan jadikan alasan hanya Cina sahaja boleh geledah salah laku UMNO di dalam PKNS. Masih banyak lagi cara lain.

Dan tahu kah anda 'khalid is the best' bahawa Aso cina tu pemegang amanah Datok Harun Salim dan Khir Toyo ketika di dalam PKNS dahulu.

Bro ... tak perlu alasan. Kami sayang PKNS dan kami sayang Pakatan Rakyat. MB Selangor selalunya lewat bertindak.

Tunggu perlantikan semula Datuk bandar dan YDP. Itu akan timbul masalah sekali lagi.

Sekarang ada apa apa tindakan beliau pada semua Majlis Tempatan?

Goyang kaki. Datuk Bandar dan YDP buat keputusan macam dia punya syarikat.

Dah terhantuk, baru nak terngadah. Semua isu boleh di gunakan uMNO untuk belasah Pakatan Rakyat.

Mana Nik Nazmi? Mana Exco? Takkan tak bincang atau semuanya pun angguk macam UMNO dulu. Apa MB cakap, semua ikut.

Kenapa sekarang boleh plak suruh Hassan Ali cari pengganti Pengurus Besar PKNS. kenapa tidak dulu lagi?

Anonymous said...

quote Khalid is the best.
mula2 baca cerita tu aku pun tertanya kenapa MB khalid lantik cina jadi pengerusi PKNS..tapi bila dah baca sebab nya..maka aku setujulah..dlm PKNS tu ramai melayu UMNO, kalau nak mintak dorang tolong kerajaan PR utk siasat PKNS memang tak jalan lah..kalau cina ni boleh diharap utk membantu..apa salahnya guna kebolehan dia..(utk makluman jawatan itu hanya utk setahun saja)

Yang kalahkan UMNO di Selangor bukan Melayu, India dan China. Kenapa nak suruh Madam ni sorang lawan UMNO?

Sebelum tulis, jangan pandai pandai buat persepsi.

Phuiiiiiuttt

Anonymous said...

tulah melayu satu cina saje kecoh habis melayu ni..... !
Phuiiiiiitttttt

Anonymous said...

MB tak boleh suruh orang tua pompuan ganyut tu selongkar salah laku UMNO.

Dah tua...silap silap sakit jantung dan mati.

Apa harapan rakyat Selangor pada Low untuk siasat. Sepanjang dia dalam PKNS pun dok senyapkan kesah salah laku boss dia dan Khir toyo.

Ada otak pakai
Jangan tabur atas lantai

Putra IJ80 said...

"Dan tahu kah anda 'khalid is the best' bahawa Aso cina tu pemegang amanah Datok Harun Salim dan Khir Toyo ketika di dalam PKNS dahulu".

Ungkapan ini(Diatas),adalah kunci utama.

Berdasarkan pengalaman saya rasa TSKI bukan Buta seperti yg.di sangka.

Soalnya,Bukan Melayu,bukanCina,Bukan Jawa,Bukan Banjar,Bukan!bukan!bukan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hanya Mutu kenal Ma'nikam.....

Dalam sesuatu penyiasatan....
Kita perlu risikan pendedahan evidence(bahan bukti).

Siapa yg.bole bagi,kalau tidak yg.terlibat.,samaada secara langsung ato tidak.

Dalam hal ni Madm.Low lah orang yg.bole di peggang.

Kerana itu TSKI berbuat demikian.

Tapi Yg.Payah nya,banyak unsur unsur luar yg.menyebok.

Terutama Melayu yg.baru klue dari Felda.,baru pakai Waja ,sebelum ni pakai Saga ato Toyota Ke30 yg.penoh karat di tepi nya.,.

Bila dah peggang komputer riba,merasakan diri sudah hebat.,.

Lupa asal usul.,bising tak tentu hala.

TSKI juge manusia biasa,mesti tak akan tahan dgn preasure di keliling nya.,hari hari kena bantai dari manusia yg.baru celik IT dan sebagainya.

Maka di serahkannya lah pada Dr.Hassan Ali ,buat lah apa yg.patut klu dah smuer tak mau ikut perancangannya.

Kesian TSKI.,jadi mangsa kepada berok berok yg baru dapat peggang bunga.

Jgn Maree!!!!

armouris said...

apasal company2 besar, cam digi, ceo dia mat saleh?

yang penting bukan bangsa ceo tu, yang penting sama ada perform atau tak. tak perform, buang...

simple as that...

-----------------------
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
our-health-info.blogspot.com

Anonymous said...

pemimpin-pemimpin united malays national organisation semuanya PENCURI,mencuri hak-hak rakyat sejak 51 tahun..Hidup Sosialisma..!

Anonymous said...

TUNGGU LIHAT JELARRRRRRRRRRRR..JGN PENING2..DSAI KAN ADE..HEHE

Posting terkini

Blog Archive