KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 17, 2008

Tahan Khairy di bawah ISA

malaysiakini | Seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

mca youth agm 171008 debater ting tai fookBeliau juga mahu ISA turut dikenakan ke atas pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan kontroversi sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru kerana menganggap kaum Cina menumpang di Malaysia.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong (kanan) membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.... selanjutnya.

no2umno - Aku terasa macam kritikan terancang. Macam ada yang tak kena. Samaada di suruh bercakap begitu atau. Komponen parti BN sekarang semakin berani bermain isu perkauman. Awas .... jangan terikut dan terjerat !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive