KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 20, 2008

Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA - Zahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin (gambar) yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat.

"Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya.

"Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.

"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.

Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata.... selanjutnya.

Kalau Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

3 comments:

Anonymous said...

aduyaii... skolah dulu dah ajar dah solat jumaat mmg tak bole tinggal lebih dari 3 kali itu pun atas alasan2 tertentu... lebih dari tu dah berdosa... tidak ade ape2 yg bole halang suruhan agama...

Anonymous said...

diorang sumbat RPK dalam supaya dia 'insaf', tapi kalau sembanyang pun tak kasi, macam mana ni ? macam mana RPK dan tahanan tahanan sedemikian nak kembali ke 'jalan yang benar' ?

semuanya polisi yang self contradictory. budak sekolah pun boleh point out lah. patutnya tanya berapa anak menteri yang membesar dengan makan duit haram. kalau anak anak diorang terencat, memang best

Anonymous said...

Kalau satu undang undang, lebih lebih lagi prosidur yang bertentangan dengan al-Quran & Sunah,maka dari segi hukum syarak ianya terbatal. Tiada hukum yang lebih besar dari hukum Allah. Orang yang buat prosidur demikian bukan setakat zalim tapi sudah kufur.

Posting terkini

Blog Archive