KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 30, 2008

Masjid RM10 juta, jemaah 4 orang

msomelayu | SESAMPAI di pekan Bentong, Pahang waktu azan Maghrib berkumandang. Niat untuk meneruskan perjalanan dan melakukan jama' taqdim di pertengahan jalan menuju ke rumah terbatal. Saya dan dua lagi kawan singgah menunaikan sembahyang jama' ta'khir, Maghrib dan Islam.

Dalam lembayung senja bayangan masjid itu masih kelihatan. Sebenarnya keindahan dan kehebatan masjid itu yang menggamit kami untuk singgah. Masjid yang terletak di atas bukit itu adalah antara majid yang tebaru di negeri Pahang Darul Makmuar dan begitu artistik. Bentong adalah Parlimen yang mana merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai di mana MB Pahang, Adnan Yaacob bertakhta di situ.

Sembahyang di mana-mana pun boleh dan sah. Dari sebuah masjid besar bernilai jutaan ringgit atau pun di sebuah surau yan diperbuat daripada kayu hutan, nilai dan maksudnya sama saja. Darjah dan pahalanya tidak berbeza kecuali di tiga buah masjid, masjidil Haram di Makkah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aqsa di Baitumuqadis.

Apa yang penting ialah sembahyang yang merupakan ibadat wasilah (penghubung) hamba dengan penciptanya (Allah) dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Atau dalam erti kata lain sembahyang itu sampai mencecah dasar hakiki falsafahnya.

Tidak ada erti apa-apa pun kalau sembahyang di sebuah masjid yang indah dan gah namun sembahyang itu tidak sampai kepada hakikatnya. Ibarat memakan sebiji buah hanya diluaran saja tetapi tidak merasai kelazatan di dalamnya.... more.
Panas panas ... dah sampai waktu nya.
Gerun ... aku ingat kat kampung aku bulan Mac dulu
Waktu nak pilihanraya, projek buat masjid pun keluar. Berjuta beb. Punya la cantik sepanduk kat tepi jalan. Kalau siap tu, macam masjid kat Dubai ..wakakakakak
Nak tampung duit pilihanraya. Duit masjid untuk beli pengundi
Bila masjid siap ...tak der orang. Wakakakakak
Tu la ciri ciri akhir zaman tu.... gerun .... seram.....

1 comments:

indraputra80 said...

Ini lah yg.amat mendukacitakan kita.

Penyakit ini sudah mula menular ke kampong kampong,bila orang orang lama sudah tidak ada ,yg.muda pula sibok mencari rezki sampai tak cukup masa,.

Malah ada kalanya waktu Asar dan Subuh Imam dan bilal saja makmumnya.

Posting terkini

Blog Archive