mesintaipburuk | .... Aku hanya tersenyum sinis membaca laporan mengenai hal tersebut yang diumumkan oleh Mohd. Zin, Menteri Kerjaraya yang wajahnya ala-ala hero hindustan itu. Tertanya juga dalam hati aku PLUS ni ikhlas ke nak bagi diskaun? Sebabnya PLUS tentunya sudah kaji bahawa dalam tempoh tersebut tidak banyak kenderaan persendirian yang melalui plaza tol. Paling banyak pun kereta bernombor pendaftaran "S" dengan pemandu-pemandunya yang "kiasu" meluncur laju menuju ke Genting, terutama pada hujung minggu .
Jadi buat apa beri diskaun dalam waktu tersebut? Dan ketika membaca laporan itu lagi Md. Zin berharap akan lebih banyak kenderaan persendirian akan menggunakan lebuh raya PLUS dalam tempoh tersebut. Tempoh 12 tengah malam hingga 7 pagi bersamaan waktu orang lain semua sedang nyenyak tidur. Dan aku boleh bayangkan jika semua orang berlumba2 untuk menggunakan lebuh raya pada waktu itu, yang paling pening kepala dan sibuk bekerja ialah pihak polis, pihak ambulans dan hospital dan tidak kurang juga kakitangan bilik mayat. Sebabnya aku percaya kadar kemalangan jalan raya akan meningkat. Gara2 inginkan diskaun 10 peratus, semua sanggup memandu awal pagi dan aku percaya sebahagian besarnya berada dalam keadaan mengantuk.... selanjutnya.
KARMA AKIBAT FITNAH WALAUN.
1 hour ago
2 comments:
Lain-lain yang dapat manfaat ialah pencuri, perompak dan penyamun yang kebanyakkannya kerja malam. Terima kasih kerajaan kerana merendahkan kos operasi kami.
nampaknya, PLUS ini banyak kawan dengan Perompak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), eh..juga nama PLUS la...
Post a Comment