Pengumuman 4 Ogos didakwa cetus perpecahan
malaysiakini | Perpecahan dalam Wanita Umno tercetus sejurus selepas Tan Sri Rafidah Aziz membuat pengumuman mengejut mengenai peralihan kuasa pada Jun 2009 di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 Ogos lalu, dakwa seorang exco Wanita.
Menurutnya, Rafidah membuat pengumuman tersebut dalam majlis Wanita bersama pemimpin, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang dirasmikan oleh perdana menteri.
Kira-kira 600 pemimpin Wanita, termasuk ketua Wanita bahagian dari seluruh negara menghadiri program sehari suntuk itu.
Exco Wanita itu yang tidak mahu namanya disebut memberitahu, ramai pemimpin Wanita terkejut dengan pengumuman Rafidah.
"Saya lihat ramai yang terdiam, dan tidak ramai yang tepuk tangan. Mungkin orang tidak tahu apa yang berlaku.
"Tetapi sebaik sahaja Abdullah selesai berucap merasmikannya, pemimpin Wanita mula bercakap mengenai pengumuman Tan Sri Rafidah itu."
Perdana menteri juga katanya, tidak mengulas langsung tentang pengumuman peralihan kuasa oleh Rafidah itu.... more.
TAK DAK KISAH. CUMA MURAH SANGAT NAMA JIHAD
47 minutes ago
0 comments:
Post a Comment