Jenayah di Malaysia:PM Dolah Ulang Skrip Sama
tukulbesi.blogspot
Lagi kes budak hilang menggemparkan negara.Dalam masa yang sama masalah sosial di negara ini terus meningkat.Kali ini ianya bukan melibatkan kalangan remaja,tetapi yang terlibat ialah kalangan pembesar negara.
Selepas beberapa bulan lalu heboh cerita skandal Ahli Parlimen BN Gombak dengan Senator Norhayati On,kes khalwat Ahli Parlimen Ampang dengan seorang pemimpin Umno,kini ianya lebih menggemparkan,kes DVD lucah Chua Soi Lek.
Dalam masa yang sama ,Perdana Menteri Dolah akan buat-buat terkejut dengan isu yang berlaku.Sedih,dan minta polis segera bertindak.Ketika Kes Nurin Jazlin sedang hangat diperkata,saya telah menulis berkaitan telatah PM Dolah.Saya lampirkan kembali tulisan yang tersiar di web Tranungkite untuk renungan pembaca.
Kes Nurin: PM Dolah Tak Perlu Marah Dan Bersedih!
"21 September lalu, ketika menonton Buletin Utama TV3, Dolah Badawi dilaporkan 'SEDIH dan SANGAT MARAH' dengan kejadian yang menimpa adik Nurin Jazlin dan mendesak pihak polis mengambil tindakan segera. Itulah yang mampu diucapkan oleh pemimpin nombor satu negara setiap kali berlakunya tragedi yang sama sebelum ini.
Saya hanya ingin berpesan dan menginggatkan Perdana Menteri Dolah Badawi,anda tidak perlu bersedih dan marah,kerana apa yang anda semai selama ini,itulah yang anda tuai.Apa yang hendak disedihkan,bukankah benih lalang yang anda semai selama ini,maka lalanglah yang tumbuh.
Kerajaan Dolah telah menyemai dan membaja benih artis,hiburan,keseronokan, budaya meminggirkan agama,maka itulah hasilnya yang sedang dituai.
Manusia yang bertuhankan nafsu lahir dari benih yang anda semai.Siapa yang membawa masuk Inul Dangdut,Maria Carrey dan lain-lain artis separuh bogel ke negara Islam Hadhari ini?Filem-filem bercium di kaca TV yang terus ditayangkan.Tidakkah semua ini lah yang merangsang hawa nafsu kebinatangan yang menatijahkan berlakunya peristiwa kejam ke atas adik Nurin dan lain-lain yang senasib dengannya.
Dan tidakkah Perdana Menteri Dolah sedar bahawa ,wajah-wajah kebinatangan ini juga berada dikeliling kelalangnya .Hidup bebas mendapat berbagai keistimewaan sebagai pembesar negara.Bagaimana dengan dakwaan seorang pembantu rumah Indonesia yang memanggil sidang akhbar di negaranya,mengakui dia telah dirogol oleh majikannya di Malaysia ketika berada di negara ini,dan majikannya itu ialah Menteri Kabinet Dolah Badawi.Apa tindakan Dolah?Kenapa tidak sedih dan marah dengan kejadian itu.
Rakyat masih belum lupa,kes Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol seorang gadis 16 tahun ,apa kesudahannya?Lim Guan Eng yang terpaksa merengkok di dalam penjara.Pemimpin Umno memang tidak pernah serius menangani apa jua masalah yang menimpa rakyat bawahan.Apa yang nyata ,pemimpin Umno terus meraba-raba memikirkan jalan penyelesaian tanpa sedetikpun mahu kembali kepada ajaran Islam.
Cadangan dangkal,wanita perlu pakai cawat besi ,dan terbaru bekas banduan perlu memakai cip untuk mudah di kesan,cukup menggambarkan kejahilan agama tahap tertinggi di kalangan para pemimpin Umno..Apa lagi yang hendak diharap dengan Islam hadhari!Jangan biarkan kes yang menimpa Nurin Jazlin berulang lagi.KATAKAN TIDAK KEPADA BN,KERANA SETIAP UNDI MEMBAWA PADAH..
Jan 16, 2008
PM Dolah Ulang Skrip Sama
Labels: Belit Pak Lah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ikhlaskah Barisan Nasional?
meowsoleh
for everyone
Assalamualaikum.
Hargai keikhlasan BN.
PUTRAJAYA 15 Jan. – Rakyat Kelantan dapat melihat tandatanda bahawa negeri itu sudah dibawa dalam arus perdana pembangunan negara dan proses itu akan bertambah rancak jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk kembali memerintah.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya berharap rakyat negeri itu menghargai keikhlasan kepimpinan BN dengan membuat pilihan terbaik pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam hal ini, beliau berkata, UMNO telah membuat segala persiapan bagi menggalas cabaran mengembalikan semula mandat kepada BN negeri itu. Utusan Malaysia - 16 Januari 2008.
Orang atau pihak yang benar-benar ikhlas mereka tidak akan menyebut bahawa mereka ikhlas. Orang lain atau rakyat yang akan menilai seseorang atau sesuatu pihak itu ikhlas atau tidak. Kenyataan seorang pemimpin BN negeri dalam akhbar di atas ini sahaja menunjukkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu. Semua yang dilakukan hanya kerana pilihanraya dan keuntungan politik.
Ini ditambah lagi dengan pilihanraya umum yang makin hampir maka mereka ini akan mula berbuat sesuatu untuk menunjukkan kononnya mereka itu prihatin kepada rakyat. Saya diberitahu oleh seorang kenalan daripada penjawat awam bahawa ketika hampir pilihanraya ini cadangan kerajaan negeri Selangor untuk menaikkan kadar lesen perniagaan ditangguhkan, caj proses untuk permohonan lesen perniagaan dihapuskan dan tempoh kelulusan lesen perniagaan dipendekkan.
Malahan operasi rampasan oleh pihak penguatkuasa PBT tidak dilakukan buat masa ini untuk menghindari kebencian masyarakat khususnya golongan peniaga kepada pemerintah. Lihatlah betapa terdesaknya kerajaan dalam meraih sokongan rakyat yang mereka lihat ketika ini semakin merosot. Saya percaya apa sahaja yang rakyat minta ketika ini dengan mudah akan ditunaikan oleh kerajaan khususnya diperingkat pihak berkuasa tempatan.
Namun kita hairan masih ada lagi segelintir rakyat yang masih belum sedar bahawa mereka sebenarnya sedang dipermainkan oleh pemerintah. Mereka hanya diperlukan ketika pilihanraya sahaja. Apabila berlalu pilihanraya mereka tidak akan dipedulikan lagi. Lihatlah apa yang berlaku pada pilihanraya kecil Ijok, suatu kawasan yang dahulunya tidak mendapatkan perhatian tiba-tiba mendapat limpahan pembangunan apabila meletusnya pilihanraya kecil di situ kerana kematian Adunnya.
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
YURAN: TIPAH TERTIPU

mindapurba
Seorang ibu tunggal yang menanggung beban lima ahli sekeluarga, Tipah, telah membelanjakan hampir RM450 untuk uniform sekolah empat orang anaknya serta kelengkapan alat tulis.
Dengan hati penuh bersyukur kepada Allah s.w.t dan kerajaan Barisan Nasional, Tipah rasa eloklah tahun ini segala yuran sekolah dibatalkan, sepertimana yang dijanji oleh kerajaan pada Belanjawan 2007 : Kerajaan Janjikan pendidikan percuma untuk Rakyat.
Pembukaan sekolah tahun ini dilihat begitu meriah…suasana yang begitu bising apabila Tipah memijak masuk ke kawasan sekolah, apa yang sedang berlaku? Tipah tidak tahu.
Apabila Khairy, anak sulung Tipah datang meminta yuran sekolah dengannya, terkejut Tipah dan tanya “bukankah segala yuran sekolah dah dibatalkan?”
“Mak, yuran memang dah dibatalkan, tapi yuran untuk ko-kurukullum, tandas, dewan…” jawab Khairy
Apa ni, bukankah kerajaan telah janji untuk batalkan yuran sekolah, dengan segala yuran tambahan sekarang bagi empat anak, Tipah sedar bahawa dia kena bayar sebanyak hampir RM500.
Tipah turut jatuh pengsan, sebelum dia sedar diri, rupa-rupanya Tipah terdengar lagu”Tipah tertipu,Tipah Tertipu…”
Labels: Penipuan Yuran Sekolah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Ada menteri dah habis tempoh gunapakai?
matbondkg
Amacam hujung minggu ni? Enjoy ke? Ada kena kena roti canai? Aku macam biasalah. Kena roti canai Mydin tapi aku tengok dah kecik sikit saiznya. Bedal ajelah, apa nak buat. Dah jadi tabiat tiap-tiap hari minggu kena roti dengan member-member.
Hari ni member semua cerita fasal pilihanraya. Dia orang kata memang dah dekat betul. Ada yang kata paling lewat cuti sekolah bulan tiga (Mac). Mungkin ya, mungkin tidak.
Tapi aku tengok isu banyak. Mak bapak masih lagi menyungut fasal yuran sekolah (kejap kena bayar, kejap tak payah bayar, kejap tak payah bayar kalau tak mampu); harga barang makin naik walaupun kerajaan kata tak naik banyak; jenayah menjadi-jadi; banyak kes yang polis tak dapat selesaikan; bunuh membunuh pun dah jadi macam biasa aje; orang politik sibuk ke sana ke mari tabur janji tapi tak kotakan; pak menteri kecoh kata mengata; korupsi tambah kuat sana sini; Mat Rempit dah jadi King of the Road; dan anak kecil tak selamat lagi.
Aku bukan orang politik, tapi sana sini orang sibuk dengan hal politik. Dalam pada itu, aku nak tanya - kau ingat ada tak menteri kabinet atau menteri besar atau MP atau ADUN yang tarik diri secara sukarela?
Bukan apa beb! Setiap kali ada pilihanraya, perebutan kerusi memang panas. Kau tengok saja Kabinet hari ni. Berapa ramai menteri yang dah letih, dah season kata budak-budang sekarang. Ada yang merasakan dia dah lama betul sehingga tak boleh ditegur.
Ada juga yang merasakan sumbangannya begitu hebat sehingga dia dah jadi 'indispensable' atau 'wajib ada dalam kabinet.' Pada aku, mereka ni dah mula berkarat. Elok ketepi aje. Buat benda lain. Jadi penasihat cukuplah. Bagi peluang pada orang lain.
Mesti ada antara mereka yang dah tamat tempoh gunapakai!
Labels: Seleweng Menteri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KENYATAAN BANKRAP TANPA FAKTA
Dakwaan negara bankrap jika harga minyak kekal tidak disertai fakta - Salahuddin
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub percaya tindakan kerajaan yang langsung tidak menyentuh perolehan kerajaan selepas mendakwa kerajaan akan bankrup jika harga petrol tidak dinaikkan merupakan taktik untuk menimbulkan ketakutan kepada rakyat bahawa Malaysia akan mengalami keadaan bankrup seperti yang dialami Argentina dan Indonesia sewaktu kegawatan ekonomi 10 tahun dahulu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub yang mengesahkan dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan menanggung kos subsidi bahan api berjumlah RM35 billion ekoran kenaikan harga minyak mentah mencecah US$100 setong.
Jelas Salahuddin kenyataan tersebut tidak disertai fakta sebenar yang bertujuan untuk membentuk pemikiran rakyat supaya menerima kenaikan harga petrol yang akan berlaku dalam masa terdekat jika tidak mahu Malaysia bankrup.
Sungguhpun tidak menafikan hakikat bahawa kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM35 billion, bagaimanapun jelas Salahuddin ia mesti dinyatakan mengikut fakta sebenar.
more...
Labels: Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO TERDESAK GUNA MAT REMPIT

Tajol Rosli sokong guna Mat Rempit angkut pengundi
MSTAR
IPOH: Cadangan Putera Umno menggunakan khidmat "Mat Rempit" membawa pengundi dengan motosikal pada pilihan raya umum ke-12 merupakan idea yang baik dan turut sesuai dilaksanakan di kawasan bandar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Beliau berkata penggunaan motosikal bukan sahaja sesuai di kawasan pedalaman tetapi di kawasan bandar kerana ada pusat pengundian yang tidak boleh dimasuki kereta.
"Bagi pengundi yang terpaksa berjalan kaki jauh dari tempat letak kereta ke pusat-pusat pengundian, khidmat motosikal boleh disediakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tajol Rosli yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian semasa diminta mengulas cadangan Putera Umno untuk menggunakan khidmat Mat Rempit membawa pengundi dari kawasan ceruk yang tidak boleh dimasuki kereta.
"Cadangan ini bagus kerana dalam simulasi pilihan raya yang dibuat oleh Umno Bahagian Ipoh Timur semalam, kami telah mengesan kelemahan dalam khidmat membawa pengundi," katanya.
No2umnO - Yang peliknya UMNO ni memang pandai mengambil kesempatan. kalau merempit tanpa tiket UMNO, mat rempit diburu. Kalau merempit guna tiket UMNO, bermaksiat dan melanggar orang pun tak salah. Kalau sebelum ini tidak pernah menggunakan mat rempit sekarang perkhidmatan mereka diperlukan kerana bayaran nya murah. RM30 cukup untuk sehari kerja. Mungkin tiada lagi yang boleh digunakan ketika ini kecuali mat rempit. Penggunaan Mat Rempit adalah cara terdesak UMNO untuk mengambil dan menghantar pengundi. Sambil sambil tu mungkin ada yang MENGUGUT nenek tua untuk undi UMNO.
Labels: Rempit
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
CIKGU CAKAP MACAM PUNGKOK AYAM
Hishamudin tipu lagi!
matsamankati
Pada 5 Jan 2008, Hishamudin mengeluarkan kenyataan berikut.
Semalam, Hishammuddin mengingatkan para pegawai pelajaran daerah dan sekolah supaya memastikan bahawa dasar kerajaan tidak pernah mewajibkan bayaran yuran tambahan benar-benar dilaksanakan.
“Nak minta (balik), mintalah. Itu (bayaran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran yang wajib,” katanya..(Utusan)
Pagi tadi, aku diminta hadir kesekolah untuk membincangkan tentang yuran tambahan. Sekolah dah kelam kabut bila ada ibubapa yang datang kesekolah mintak balik yuran tambahan pasai Menteri kata boleh mintak balik. . Dan ada yang belum bayar, dah buat keputusan tak mahu bayar. Jadi, ada yang dah bayar, merungut sebab kena tipu. Kalau tahu awal-awal, dah tentu depa tak mahu bayar. Ada pulak yang datang mintak balik duit yuran tambahan ini, terkejut bila Cikgu kata ada yang wajib, ada yang sunat. Tapi yang sunat tu pun bukan betul-betul sunat, tapi sunat wajib.
Hangpa paham ka apa aku cakap? Kalau tak paham, apa lagi orang kampung.
Jadi aku diminta, sebagai YDP PIBG, untuk menerangkan kepada ibubapa tentang apa yang wajib dan apa yang sunat. Tapi macam mana aku nak terangkan kepada ibubapa, kalau aku sendiri kalut pasai yuran ni!
Maka Guru Besar pun menerangkan kepada aku.
Sekolah telah memilih Pakej C iaitu berjumlah RM23.50. Pecahannya seperti berikut:
1. Kokurikulum RM2.00
2. Kertas Ujian Dalaman RM6.00
3. Sukan Tahunan Sekolah RM6.00
4. Kegiatan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral RM6.00
5. Skim Perlindungan Diri RM 1.50
6. MSSM RM2.00
Yang wajib dibayar ialah perkara 5 dan 6 berjumlah RM3.50. Perkara 1,2,3 dan 4 ikut kemampuan. Kalau mampu boleh bayar, kalau tak mampu boleh mintak bantuan melalui Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).
"Kalau tak dapat bantuan macam mana?" Aku tanya.
"Kalau seseorang tu tak dapat bantuan, maknanya dia mampu lah" Jawab Guru Besar.
"Dulu, bantuan KWAPM adalah untuk membeli keperluan sekolah, tapi sekarang digunakan untuk membayar yuran tambahan? Kalau dulu, duit RM20.00 dari bantuan ini kita boleh beli 2 helai baju, sekarang duit ini kita kena bayar yuran. Nak beli baju pakai duit sendiri?"
"Ini arahan dari atas. Saya cuma mengikut arahan". Kata Guru Besar. "Alaaah. Rm20.00 bukan banyak. Duit top-up sebulan 30 ringgit boleh bayar tak kan anak-anak nak sekolah tak boleh bayar 20 ringgit setahun?
"Ini bukan soal boleh bayar atau tak boleh bayar, Cikgu. Tapi soal ketelusan. Pasai apa Pak Lah kata free, Hishamudin kata percuma, tapi pegawai kerajaan pulak kata kena bayar? Lepas tu kata bayaran ini mendapat persetujuan dari PIBG, sedangkan PIBG tak pernah dibawa berbincang. PIBG hanya diminta untuk memilih pakej yang mana satu, bukan nak berbincang sama ada bersetuju atau tidak." Aku balas balik.
"Hari tu Hishamudin kata tak wajib bayar, sekarang Cikgu pulak kata, ada yang wajib dan ada yang sunat. Bila saya bising, cikgu kata saya ni pembangkang. Kalau Cikgu menyokong Hishamudin, Cikgu kena ikut cakap dia la. Dia kata free, tak wajib, Cikgu kena ikut cakap dia."Aku tambah lagi sikit.
"Sebenarnya saya sendiri susah, Cik Mat. Menteri ni cakap macam pungkok ayam. Dia buat kenyataan terbuka satu macam, lepas tu pekeliling yang sampai kat kita satu macam." Guru Besar mula mengalah.
"Macam ni lah, Cikgu. Saya tak boleh nak terangkan kepada ibubapa, nanti depa tak percaya dan kata saya ni pembangkang. Memang betui pun. Jadi sapa nak percaya? Lebih baik Cikgu bagi tau kat PPD, suruh Pengarah Pelajaran Negeri atau Negara, keluarkan kenyataan tentang yang mana wajib, yang mana sunat. Lepas tu, orang nak percaya atau tidak, depa punya pasai."
Blah.
Labels: Penipuan Yuran Sekolah
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
QURAN PALSU
Pernah diceritakan dahulu. Sekadar mengingatkan. Jalan lalai
A FAKE AMERICAN QURAAN
Above: 'The True Furqan'
You Cant Ignore this, send it to as many muslims as u can.
The new AMERICAN Quran: a dangerous trick
A new Quran is being distributed in Kuwait, titled "The True Furqan". It is being described as the ayats of the Shaytan and Al-Furqan weekly magazine has found out that the two American printing companies;'Omega 2001' and 'Wine Press' are involved in the publishing of 'The True Furqan', a book which has also been titled 'The 21st Century Quran'!
It is over 366 pages and is inboth the Arabic and English languages...it is being distributed to our children in Kuwait in the private English schools! The book contains 77 Surats, which include Al-Fatiha, Al-Jana and Al-Injil. Instead of Bismillah, each Surat begins with a longer vesion of
this incorporating the Christian belief of the three spirits.
And this so called Quran opposes many Islamic beliefs. in one of its ayats it describes having more than one wife as fornication, divorce being non-permissable and it uses a new system for the sharing out of the will, opposing the current one. It states that Jihad is HARAAM.
This book even goes as far as attacking Allah, Subhanahu wa Tahala!
All this is poisoning our children at approx. $3.
Brothers and Sisters please make sure you forward this email to as many people as possible so that we can stop this dangerous trick.
Please tell everyone you know and may Allah reward you.
Labels: Islam
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GEMPA: Pegawai tidak ambil berat

Gempa: Penduduk Bukit Tinggi dicengkam ketakutan
MStar
BENTONG: Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan masih menanti jawapan yang lebih terperinci berkaitan kejadian gempa bumi kecil yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Pahang sejak November tahun lepas.
Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Janda Baik, Mejar (B) Husin Nordin berkata sekumpulan pegawai daripada beberapa agensi berkaitan telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk pagi Selasa, bagaimanapun penerangan yang diberikan begitu ringkas.
Malahan, beliau berkata pegawai berkenaan seolah-olah tidak mengambil berat tentang kebimbangan dan trauma yang dialami penduduk yang tidak pernah mengalami fenomena gegaran sejak mereka tinggal di kawasan terbabit.
"Saya sendiri sudah 14 tahun tinggal di kampung ini dan ini adalah kali pertama saya merasinya. Berlaku gegaran susulan boleh dikatakan setiap hari. Memang gegaran itu kecil, retak yang berlaku juga kecil...tapi kalau selalu terjadi gegaran, retak yang kecil lama-lama boleh menjadi semakin besar," katanya.
Mengimbas kembali kejadian pertama pada 30 Nov lepas, beliau berkata ketika itu beliau sedang membaca akhabar sebelum mendengar satu dentuman kuat yang disusuli dengan gegaran kecil.
Beliau berkata disebabkan penerangan yang sambil lewa itu penduduk merungut dan akhirnya meninggalkan sesi taklimat.
Husin yang turut tidak berpuas hati dengan sesi taklimat itu bagaimanapun masih berharap selepas siasatan yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan, mereka akan memberi jawapan yang lebih terperinci.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi, Nordin Mohamed berkata sejak berlaku gegaran kecil itu, beliau telah memaklumkan kepada pelajar dan guru supaya sentiasa bersedia sekiranya berlaku kejadian gegaran yang lebih besar.
Katanya inisiatif telah diambil untuk mengadakan latihan kecemasan kepada pelajar dan guru bagi mengelakkan rasa panik sekiranya berlaku lagi gegearan.
Beliau berkata gegaran telah menyebabkan dinding makmal sekolah retak dan pecah.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Meteorologi, Alwi Bahari berkata empat lokasi yang dikenal pasti mengalami gegaran dan kerosakan teruk termasuk di Kampung Chemperoh, Kampung Bukit Tinggi, Kampung Janda Baik dan SMK Janda Baik.
Pegawai Kajibumi Jabatan Mineral dan Geosains, Mohd Badzran Mat Taib berkata setakat ini gegaran kecil yang dialami oleh penduduk di Bukit Tinggi berkemungkinan disebabkan tekanan struktur tanah di garisan sesar di kawasan itu.
Sesar adalah celah pada kerak bumi yang berada di perbatasan antara dua lempeng tektonik. Gempa dipengaruhi oleh pergerakan batuan dan lempeng pada sesar.
Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh jabatannya tahun lepas, sesar itu ditafsirkan sebagai tidak aktif dan tidak ada kejadian gempa sehinggalah gegaran pertama dilaporkan November lepas.
"Kita masih dalam peringkat kajian. Jawapan kepada punca ini tidak mungkin diketahui dalam masa yang cepat kerana perlu penelitian rapi supaya tidak berlaku kesilapan kepada apa saja maklumat yang akan diberikan kepada masyarakat," katanya.
Mengulas kemungkinan gempa kecil itu mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi di kawasan Sumatera, beliau berkata andaian itu sekadar hipotesis kerana Malaysia memang terletak di dalam lingkungan lautan Sumatera dan Lautan Hindi di mana kawasan di sekitarnya sering mengalami kejadian gempa bumi.
Gegaran pertama berlaku di kawasan Bukit Tinggi pada 30 Nov berukuran 3.5 pada skala Richter pada 10.15 pagi dan 8.47 malam, disusuli gegaran kedua pada 4 Dis berukuran 3.0 pada 6.12 petang dan diikuti pada 5, 6, 9, 12 dan 13 Dis lepas.
Pada hari Ahad satu gempa bumi kecil direkodkan berukuran 2.5 pada pukul 10.24 pagi dan semalam satu lagi gegaran direkodkan berukuran 3.1 sekitar 11.45 malam.
Labels: Gempa bumi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

