KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 16, 2008

GEMPA: Pegawai tidak ambil berat


Gempa: Penduduk Bukit Tinggi dicengkam ketakutan
MStar

BENTONG: Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini tidak berpuas hati dengan penerangan yang diberikan dan masih menanti jawapan yang lebih terperinci berkaitan kejadian gempa bumi kecil yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Pahang sejak November tahun lepas.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Janda Baik, Mejar (B) Husin Nordin berkata sekumpulan pegawai daripada beberapa agensi berkaitan telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk pagi Selasa, bagaimanapun penerangan yang diberikan begitu ringkas.

Malahan, beliau berkata pegawai berkenaan seolah-olah tidak mengambil berat tentang kebimbangan dan trauma yang dialami penduduk yang tidak pernah mengalami fenomena gegaran sejak mereka tinggal di kawasan terbabit.

"Saya sendiri sudah 14 tahun tinggal di kampung ini dan ini adalah kali pertama saya merasinya. Berlaku gegaran susulan boleh dikatakan setiap hari. Memang gegaran itu kecil, retak yang berlaku juga kecil...tapi kalau selalu terjadi gegaran, retak yang kecil lama-lama boleh menjadi semakin besar," katanya.

Mengimbas kembali kejadian pertama pada 30 Nov lepas, beliau berkata ketika itu beliau sedang membaca akhabar sebelum mendengar satu dentuman kuat yang disusuli dengan gegaran kecil.

Beliau berkata disebabkan penerangan yang sambil lewa itu penduduk merungut dan akhirnya meninggalkan sesi taklimat.

Husin yang turut tidak berpuas hati dengan sesi taklimat itu bagaimanapun masih berharap selepas siasatan yang dilakukan oleh kumpulan berkenaan, mereka akan memberi jawapan yang lebih terperinci.


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi, Nordin Mohamed berkata sejak berlaku gegaran kecil itu, beliau telah memaklumkan kepada pelajar dan guru supaya sentiasa bersedia sekiranya berlaku kejadian gegaran yang lebih besar.

Katanya inisiatif telah diambil untuk mengadakan latihan kecemasan kepada pelajar dan guru bagi mengelakkan rasa panik sekiranya berlaku lagi gegearan.

Beliau berkata gegaran telah menyebabkan dinding makmal sekolah retak dan pecah.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Meteorologi, Alwi Bahari berkata empat lokasi yang dikenal pasti mengalami gegaran dan kerosakan teruk termasuk di Kampung Chemperoh, Kampung Bukit Tinggi, Kampung Janda Baik dan SMK Janda Baik.

Pegawai Kajibumi Jabatan Mineral dan Geosains, Mohd Badzran Mat Taib berkata setakat ini gegaran kecil yang dialami oleh penduduk di Bukit Tinggi berkemungkinan disebabkan tekanan struktur tanah di garisan sesar di kawasan itu.

Sesar adalah celah pada kerak bumi yang berada di perbatasan antara dua lempeng tektonik. Gempa dipengaruhi oleh pergerakan batuan dan lempeng pada sesar.

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dijalankan oleh jabatannya tahun lepas, sesar itu ditafsirkan sebagai tidak aktif dan tidak ada kejadian gempa sehinggalah gegaran pertama dilaporkan November lepas.

"Kita masih dalam peringkat kajian. Jawapan kepada punca ini tidak mungkin diketahui dalam masa yang cepat kerana perlu penelitian rapi supaya tidak berlaku kesilapan kepada apa saja maklumat yang akan diberikan kepada masyarakat," katanya.

Mengulas kemungkinan gempa kecil itu mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi di kawasan Sumatera, beliau berkata andaian itu sekadar hipotesis kerana Malaysia memang terletak di dalam lingkungan lautan Sumatera dan Lautan Hindi di mana kawasan di sekitarnya sering mengalami kejadian gempa bumi.

Gegaran pertama berlaku di kawasan Bukit Tinggi pada 30 Nov berukuran 3.5 pada skala Richter pada 10.15 pagi dan 8.47 malam, disusuli gegaran kedua pada 4 Dis berukuran 3.0 pada 6.12 petang dan diikuti pada 5, 6, 9, 12 dan 13 Dis lepas.

Pada hari Ahad satu gempa bumi kecil direkodkan berukuran 2.5 pada pukul 10.24 pagi dan semalam satu lagi gegaran direkodkan berukuran 3.1 sekitar 11.45 malam.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive