Faizal didenda buat kerja amal
kosmo
KUALA LUMPUR – Stesen 8TV mendenda penyanyi, Faizal Tahir (gambar) dengan melakukan kerja-kerja amal selama enam bulan sebagai menutup kesalahannya merosakkan majlis mereka dengan aksi liar mengadakan persembahan sambil membuka baju pada Ahad lalu.
Walaupun masih dibenarkan menyertai program anjuran 8TV, kerja-kerja amal itu perlu diutamakan.
Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan 8TV, Irene Zainul pada sidang akhbarnya bersama Faizal semalam menegaskan, tindakan tersebut satu manifestasi daripada rasa kesal mereka terhadap perlakuan yang tidak diduga itu.
“Kami memang kesal, selepas ini kami akan memastikan segala garis panduan akan dijelaskan dan perlu dipatuhi oleh semua artis bagi mana-mana konsert 8TV,’’ katanya.
Pada persembahan malam ulang tahun keempat 8TV di One Utama itu, Faizal membuka satu persatu bajunya sebelum dicampakkan kepada penonton.
Bagi Faizal, beliau hanya dapat memohon maaf kepada semua pihak yang terkena tempias aksinya itu.
“Saya minta maaf, niat saya hanya ingin menghiburkan penonton, tak sangka beri impak buruk kepada kerjaya dan imej sendiri,’’ katanya.
Faizal juga mengakui beliau waras pada masa itu dan bukan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
“Pihak 8TV tidak ada kaitan dengan kontroversi itu, mereka tidak tahu apa yang akan saya lakukan pada konsert tersebut,’’ ujarnya.
No2umnO - Amal? Hukuman yang memberikan kelebihan kepada artis. Mendapat promosi percuma. Kenapa tidak di GAM sebagai pengajaran? Sekurang kurangnya tempoh singkat adalah lebih baik. Entah lah .... kalau M Nasir dahulu digam kerana menghina Mahathir, kini menghina Islam dan Budaya Melayu, hukuman nya tidak sehebat mana. Bantai lah korang......Rupa rupanya hukuman sekadar "JANJI ADA". 8TV pun sepatutnya dikenakan tindakan kerana cuai menjaga artis di dalam acara kelolaan mereka. Hampehhhh.... Negara Islam konon
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment