Maut selepas makan katak panggang
Star
SIBU: Seorang lelaki meninggal dunia selepas memakan katak beracun yang dipanggang semalam manakala anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Sibu setelah muntah tidak henti-henti.
Katang anak Rayun, 40-an, bapa kepada tiga orang anak, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Selangau manakala anak saudaranya Ejor Sulaiman anak Undi, 14, beransur pulih.
Undi anak Saga, 35, yang ditemui di Hospital Sibu hari ini, berkata anaknya bernasib baik kerana hanya makan sedikit sahaja isi dan telur katak itu.
Katanya beliau bersama anaknya serta Katang serta beberapa lagi anggota keluarga pergi memancing di Sungai Sepiring tidak jauh dari rumah panjang mereka.
"Saya tak tahu kenapa Katang dan anak saya makan katak itu kerana saya yakin mereka tahu ia beracun," kata Undi.
Jan 16, 2008
TAIB MAHMUD KAYA, RAKYAT MAKAN KATAK?
Labels: Media
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment