Bayaran Tol Lebuhraya KL-Putrajaya Berkuatkuasa 12 Tengah Malam Ini
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bayaran tol untuk pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (KLP) berkuatkuasa 12 tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.
Kadar bayaran di Plaza Tol Putrajaya ialah sebanyak RM2.50 bagi Kelas 1 (kereta), RM5 bagi Kelas 2 (lori kecil), RM7.50 bagi Kelas 3 (lori besar), RM1.30 bagi Kelas 4 (teksi) dan RM2.50 bagi Kelas 5 (bas), seperti yang dipersetujui mesyuarat Kabinet hari ini, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara kadar bayaran di Plaza Tol Salak Selatan ialah RM1.50 bagi Kelas 1, RM3.00 Kelas 2, RM4.50 Kelas 3,RM0.80 sen Kelas 4 dan RM1.50 untuk Kelas 5.
Lebuhraya KLP yang berharga RM1.4 bilion dan sejauh 26 km itu bermula dari Bulatan Kampung Pandan di sini sehingga ke Putrajaya dan mula dibina pada 6 Dis 2004 serta siap sepenuhnya pada 5 Dis 2007.
Pembukaan lebuh raya itu memberikan satu lagi alternatif kepada pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur untuk ke pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya dan sebaliknya.
Ia juga dapat mengurangkan kesesakan terutama di Lebuhraya Utara-Selatan dari Seremban ke Jalan Sungai Besi, berhampiran Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia.
No2umnO - Mungkin anda sedang mengira wang dan panik bagaimana untuk membelanjakan wang anda yang melempah ruah. Nah ..... ini dia tempat untuk anda belanjakan. TOL KL-PUTRAJAYA. Di dalam sibuk mencari pembunuh S. Krishnasamy, Samy Vellu masih sempat untuk melaksanakan satu lagi TOL. Tollllooool. Terima kaseh Barisan Nasional, parti kesayangan rakyat jelata.
Jan 16, 2008
OLE OLE BN SEBELUM PILIHANRAYA
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment