Pembantu Rumah Sebarkan SMS Palsu Kes Sharlinie, Ditahan Semula
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pembantu rumah warga Indonesia yang ditahan polis berhubung kes penculikan Sharlinie Mohd Nashar, ditahan semula sebaik polis melepaskannya seketika, kerana disyaki terlibat menyebarkan maklumat berunsurkan ancaman jenayah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC II Mazlan Mansor berkata wanita itu yang ditahan pada 13 Jan lalu, pada mulanya dibebaskan pada pukul 5 petang kerana didapati tidak kaitan dengan siasatan kes itu.
Dia ditahan semula kerana disyaki menyebarkan ancaman jenayah menerusi SMS, katanya.
"Siasatan akan dijalankan di bawah Akta 507 kerana hasil pemeriksaan mendapati intipati SMS adalah berunsurkan ancaman jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sharlinie, 5, dilaporkan hilang pada 9 Jan lalu semasa bermain bersama kakaknya di taman permainan berdekatan rumahnya di Taman Medan.
Sementara itu, dua pengawal keselamatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes penculikan dan pencabulan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang, dibebaskan setelah kedua-dua mereka didapati tiada kaitan dengan kes itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah berkata pengawal keselamatan berusia 32 tahun yang ditahan di tempat kerjanya di sebuah bangunan kosong di Jalan Tun Razak, Ahad lalu dibebaskan hari ini.
No2umnO - Seperti yang sudah dijangka, mereka yang ditangkap dilepaskan. Insiden ini seperti yang berlaku pada kes NURIN JAZLIN. Tangkap dan lepas, tangkap dan lepas ....... Tangkap dan lepas. Macam main POLIS SENTRI.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment