Alahai keluarga Hadhari....
Roslam SMS
dipetik: detikdaily
Saya pasti banyak mata tertumpu pada gambar Perdana Menteri Dollah Badawi mendukung cucu terbarunya ditemani menantunya Khairy Jamaluddin dan isterinya Nori. Gambar anak-beranak itu diambil diperkarangan Seri Perdana di Putrajaya.
Saya petik ucapan Dollah berkenaan Islam Hadhair pada 23 September 2004:
Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan tempat.
Jika Dollah benar-benar memperjuangkan Islam Hadhari yang dicetuskan olehnya itu, diharapkan apa yang kita lihat dalam gambar ini bukan merupakan hasil dari terbukanya pintu ijtihad yang dimaksudkan! Biarlah anak-menantu PM berpakaian sopan ala-ala Islam Hadhari itu atau adakah ini versi yang diberi kelonggaran oleh Islam Hadhari?
0 comments:
Post a Comment