Pakar: Rakaman Video VK Lingam Tulen
Keadilan
Kuala Lumpur, 15 Jan - Seorang pakar forensik komputer dari CyberSecurity hari ini sahkan bahawa rakaman VK Lingam adalah tulen dan tidak mengandungi tanda-tanda pindaan.
Penganalisa komputer Mohd Zabri Adil Talib memberi keterangan kepada Suruhanjaya DiRaja bahawa beliau tidak menemui sebarang suntingan video atau audio dari rakaman tersebut.
Beliau menambah bahawa aliran video asal tidak ditukar dan benda-benda yang dirakam dalam video konsisten. Oleh itu, Mohd Zabri menyimpulkan bahawa menurut pandangan profesional beliau, rakaman tersebut adalah tulen dan tidak diubahsuai sama sekali.
No2umno - Walaupun bodoh seseorang itu, boleh membezakan antara palsu dan tulennya video. Teknik super impose dan penipuan amat jelas dibezakan. Rakyat Malaysia tidak sampai ke tahap rekaan filem 3D yang boleh dibanggakan seperti Hollywood. Dan kalau ada pun, tidak setulen keadaan sebenar sesebuah keadaan itu. Maka sesiapa antara mereka yang mempersoalkan tentang ketulenan video itu adalah mereka mereka yang cuba untuk melindung fakta dan memanjangkan cerita. Mungkin dari segi undang undang, ianya perlu membezakan tetapi hakikatnya cuba melewat lewatkan perbicaraan adalah teknik yang hebat diguna pakai. Maklumlah undang undang dunia manusia boleh permainkan untuk melindung mereka yang berbuat jahat.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment