Kosmo
KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini timbul kisah juruwang pasar raya sudah diambilalih oleh warga Indonesia, kini profesion mereka semakin meluas sehingga sudah menjadi pemandu dan konduktor bas.
Tinjauan di kawasan stesen bas henti-henti berhampiran di Plaza Kota Raya di sini mendapati ia tidak ubah seperti stesen bas di sekitar pusat membeli-belah utama Jakarta yang lebih dikenali sebagai Blok M.
Bila pemandu dan konduktor bas warga Indonesia dan bercampur pula dengan peniaga di Jalan Silang itu yang rata-rata dari republik yang sama - suasananya tidak ubah seperti berada di ibu negara Indonesia.
Menyamar sebagai penumpang, wartawan KOSMO! mendapati ramai warga asing bekerja sebagai pemandu dan konduktor bas tanpa mengenakan pakaian seragam mahupun memakai pas kerja.
Baik dari aspek percakapan, gaya dan sikap mereka, tidak keterlaluan jika dijadikan punca ada kalangan rakyat tempatan sudah berasa kekok menaiki bas.
Ini kerana bukan sahaja tidak berdisiplin, merokok, berpakaian lusuh sehingga memberi imej yang salah kepada pelancong, pemandu mereka juga membawa kenderaan dengan laju.
Seorang pelajar, Sharifuddin Mat Sulong, 26 berkata, keadaan tersebut menyebabkan beliau bimbang kejadian buruk.
“Sudahlah mereka menguasai sektor binaan, sektor perkhidmatan awam pun mereka juga. Kalau macam ni, susahlah.
“Ada lesen atau tidak, saya tak pasti tapi apa yang berlaku ketika saya naik ialah bas dipandu dengan laju,’’ katanya.
Seorang guru, Izzah Adnan, 35, pula mahu kerajaan mengkaji semula syarat kepada syarikat bas terutama dalam aspek pengambilan pekerja asing selaku pemandu dan konduktor bas.
“Saya bimbang sangat kalau mereka yang ‘jaga’ bas itu sepanjang perjalanan balik ke rumah.
“Hati juga selalu tak tenteram, lebih-lebih lagi jika sebahagian daripada penumpang bas juga warga asing,’’ katanya.
Seorang lagi pelajar, Norlia Saili, 21, sudah mula berkira-kira untuk tidak lagi menaiki bas.
“Kadang-kadang sampai tak tahu nak naik apa lagi. Ingatkan bas murah, bolehlah jimat. Tapi kalau macam ni, kenalah naik perkhidmatan pengangkutan awam lain,’’ katanya.
JANGAN BANYAK TANYA.. TU SYAITON.
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment