Tindakan Faizal cemar imej penyanyi Melayu
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Peminat kesal sikap jelik naib juara One In A Million tanggal baju pada majlis ulang tahun 8TV
TINDAKAN berani Faizal Tahir menanggalkan bajunya di majlis ulang tahun keempat stesen televisyen 8TV, Sabtu lalu yang berlangsung di Central Park Avenue, Bandar Utama menjadi kontroversi pertama yang dicetuskan dalam kalendar hiburan tanah air tahun ini.
Barangkali penyanyi yang satu ketika dulu pernah menganggotai kumpulan nasyid Mirwana terlalu asyik membuat persembahan sehingga terlupa bahawa dia bukan mengadakan konsert tertutup khas untuk peminatnya saja. Sebaliknya, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan realiti One In A Million (OIAM) itu berada di hadapan kira-kira 8,000 penonton malah konsert berkenaan juga dapat disaksikan secara langsung di kaca televisyen.
Keghairahan penyanyi yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta itu menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, diikuti singlet dan seterusnya tali pinggang disifatkan banyak pihak sebagai satu tindakan melampau dan mencemarkan imejnya sebagai penyanyi Melayu.
Yang menjadi persoalan, kenapa Faizal membuat tindakan melulu menanggalkan pakaiannya? Adakah kerana terlalu asyik menghayati lagu didendangkan membuatkan Faizal terlupa dia berada di hadapan ribuan penonton? Bagaimanapun jika meneliti semula perkataan S yang tertera di badannya, sudah cukup memberikan jawapan bahawa ia adalah satu tindakan yang dirancang.
Penyanyi berusia 30-an ini mungkin lupa atau tidak peka dengan syarat persembahan yang ditetapkan di negara kita. Faizal mungkin lupa kehadiran KC & Jojo tidak lama dulu menjayakan konsert Live & Loud turut mencetuskan kontroversi apabila mereka menanggalkan pakaian ketika membuat persembahan walhal mereka artis Barat.
Aksi berani Faizal itu mungkin dianggap biasa saja oleh dirinya atau sesetengah peminatnya namun tindakan itu tidak mustahil boleh menjejaskan karier Faizal yang sedang menuju puncak. Apakah Faizal tidak takut kerjayanya terjejas? Sebelum ini, Faizal juga pernah melakukan aksi yang menjelikkan dan dianggap sesetengah pihak sebagai keterlaluan apabila meluncur di atas pentas sebaik dua lagunya Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta diumumkan layak ke peringkat akhir Juara Lagu.
Hip mendapatkan pandangan dua peminatnya Raihan Raduan berusia 23 tahun dari Klang dan Tung Jie Feng atau Bong, 19, berasal dari Petaling Jaya. Mereka mula mengikuti perkembangan Faizal sejak penyertaannya di dalam OIAM lagi. Pandangan mereka mempunyai pro dan kontra masing-masing.
Raihan yang bertugas sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan di salah sebuah syarikat telekomunikasi mengakui tidak terkejut dengan tindakan berani penyanyi kesayangannya. Tindakan memberi barang kepada peminat adalah perkara biasa yang sering dilakukan Faizal ketika menghiburkan peminatnya.
Menurut Raihan, itu adalah salah satu cara penyanyi idolanya menghargai peminat. Bagaimanapun, tindakan Faizal membuka baju di hadapan ribuan penonton disifatkan sebagai melampau.
“Saya sering mengikuti persembahan Faizal sebelum ini. Dia memang sering bertenaga di atas pentas dan memberikan barang kepada peminat sudah menjadi ‘trademark’ Faizal. Namun tindakannya membuka baju adalah sesuatu yang melampau, sebelum ini dia tidak pernah melakukan aksi sedemikian dalam persembahannya,” katanya. more...
No2umnO - Sudah ada rakan rakan artisnya sekarang sedang membela Faizal. Mungkin pada minda mereka, cukup sekadar "MINTA MAAF". Selepas ini kalau ada yang bogel, suruh minta maaf dan selesai semua cerita. Membuka baju sememangnya dirancang oleh penyanyi tersebut. Masakan ada tulisan yang dibuat awal ditubuhnya. Maka sepatutnya berfikiran ke depan. Dan kalau budaya ini dibuat maka, akan ada artis lain pula yang ambil kesempatan seolah olah silap untuk menonjolkan sesuatu kemudian minta maaf dan kes itu pun selesai. Sudah masuk hari ke 3, kementerian penerangan tidak memberikan sebarang tindakan. Mungkin ini yang dicari oleh ISLAM HADHARI. Bukan soal politik tetapi soal budaya dan agama. Jangan disalah ertikan bahawa perkara ini menyentuh soal agama baik PAS atau UMNO. Yang harusnya siapa silap, ambil tindakan.
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment