USAHA PEMESONGAN FAHAMAN TENTANG KESELAMATAN
dipetik: ntbn.worpress
TV dan media ketika ini dalam usaha menyalahkan ibu bapa kerana kehilangan dan kecuaian penjagaan anak. Pelbagai akta di cerita kan kemungkinan boleh dikenakan kepada ibu bapa yang cuai menyebabkan sesuatu itu berlaku kepada anak anak mereka.
Usaha pemesongan minda ini sudah dan masih dilakukan terhadap kemalangan di negara kita. Kerajaan dan media sehingga sekarang cuba menyalahkan pengguna yang cuai di jalanraya. Apabila tumpuan masyarakat kepada isu tersebut, kerajaan dan syarikat yang membina kenderaan terlepas dari hukuman. Tindakan licik ini memang berjaya kerana sehingga sekarang, setiap kali kemalangan, kita akan menyalahkan pengguna jalanraya sedangkan keadaan jalan yang tidak baik, kenderaan yang tidak selamat dan papan tanda di jalanraya tidak menjadi fokus utama di dalam sebarang kemalangan.
Berbalik kepada keselamatan kanak kanak. Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu terima hakikat bahawa atas kecuaian mereka, Malaysia sekarang bukan tempat yang selamat untuk membesarkan anak. Seperti yang berlaku di Columbia, misalnya. Anak anak dijadikan bahan untuk memeras ugut. Ini berlaku apabila negara tersebut terlalu hebat dengan rasuah. Gejala rasuah dan keruntuhan ekonomi sesebuah negara telah mencipta keadaan yang seperti ini. Apabila anak yang terLEPA dibiarkan bermain, diculik dan penjaga akan diugut dengan bentuk wang yang banyak. Ibu bapa yang sayang akan anak terpaksa membayar dan selepas dibayar, tidak tentu lagi anak mereka akan terlepas dengan selamat kerana kebimbangan penjenayah akan mangsa yang mampu mengecam mereka, maka mangsa dibunuh.
Di Malaysia mungkin jumlah culik tidak sebanyak kes di Columbia, tetapi ia adalah gambaran 5 atau 10 tahun akan datang kalau keadaan sekarang tidak dibendung. Tidak mustahil kalau kerajaan terus leka kerana kita berjaya dipesongkan dengan kesalahan ibubapa di dalam semua hal. Ketika ini, untuk memperolehi serendah RM5 ribu pun, penculikan boleh berlaku. Malah ada yang melakukannya kerana hanya nafsu seperti yang berlaku kepada adik Nurin Jazlin. Selepas diculik dan mati dibunuh, sehingga sekarang penjenayah tidak ditangkap kecuali polis membuat tangkapan berdasarkan bukti bukti yang tidak tahu benar atau tidak.
Pemesongan alasan penculikan dan keadaan yang tidak selamat ini sekarang cuba dilakukan untuk menutup kesilapan dan kecuaian Pemimpin dan Kerajaan negara Malaysia. Rakyat sukar untuk sedar kerana media memang telah berjaya meracuni fikiran rakyat Malaysia. Tiada satu pun artikel sebegini yang berjaya di baca melalui media awam. Malah yang berbicara tentang kesalahan sebelah pihak ini oleh para bijak pandai yang tidak melahirkan idea melalui realiti tetapi kerana sujud dengan janji pemerintah. Berapa ramai yang faham tentang muslihat kerajaan kalau tidak disedarkan?
Kemasukan pendatang asing yang tidak mampu dikawal, keadaan ekonomi yang meruncing, peningkatan harga baranganan, tekanan hidup dan rasuah yang membarah menyebabkan semua perkara ini berlaku. Namun dengan menyalahkan ibu bapa dan penjaga, rakyat akan menuding jari kepada ibu bapa kerana kehilangan anak. Lantas kerana itu ada pihak yang cuba menyalahkan ibu bapa Sharlinie yang hilang baru baru ini. Pelbagai sms dihantar semata mata untuk mengherdik dan mencaci ibu bapa tersebut dan akibatnya 2 telah ditangkap kerana menghantar SMS palsu.
Tiada siapa yang berani untuk menyalahkan kerajaan kerana kehilangan anak anak. Ini adalah kerana media sememangnya tidak cuba membongkar kesalahan pemimpin dan menteri yang tidak bertanggung jawab. Ini lah budaya media malaysia yang berat sebelah dan tidak bertanggung jawab menyalurkan keadaan dan idea sebenar mereka. Semuanya perlu ditapis sehingga rakyat terpesong pemikirannya mengikut apa rentak yang cuba dimainkan oleh kerajaan.
Mereka yang bijak tidak menyalahkan sesuatu itu tanpa berfikir panjang. Kecuaian ibu bapa walaupun benar tetapi adakah itu pokok pangkal kepada semua masalah. Bukan mudah untuk merubah sikap 26 juta rakyat dibandingkan dengan merubah sistem dan sikap kerajaan Malaysia. Tetapi ini lah yang ditekankan sejak awal lagi. Salah kan rakyat dan terus salahkan rakyat.
Perhatikan keadaan di Kuala LUmpur sekarang dan anda akan tahu betapa nazaknya ibu kota Malaysia ketika ini. Pendatang asing bagaikan penduduk tetap. Dimana mana kelihatan wajah mereka sedangkan mereka sepatutnya bekerja mengikut waktu dan kontrak. Kalau anda lapangkan masa untuk kesana bersama keluarga dan anda boleh bayangkan betapa tidak selamat nya negara kita sekarang.
Kita mungkin takut untuk melakukan jenayah tetapi warga asing tidak bimbang kerana mereka tahu bagaiamana untuk melarikan diri apabila melakukan sebarang jenayah. Terlalu banyak 'lorong tikus' dan terlalu banyak ruang terbuka untuk melarikan diri. Mereka tidak bimbang ditangkap kerana mereka tahu keselamatan negara adalah tidak sekukuh yang diperkatakan.
Akhirnya rakyat yang terima padah. Kerajaan tidak ambil berat kerana pada mereka, selagi kuasa ada ditangan, harta dan wang menjadi keutamaan. Persetan dengan rakyat kerana itulah yang memenuhi ruang fikiran pemimpin. Sampai bila rakyat perlu berubah. Yang sedar, sebar sebarkan. Yang bodoh mereka akan hanyut bersama dengan dakyah media yang turut bersekongkol untuk melekakan rakyat. Ini lah yang dikatakan media telus dan bolos?
No2umno - Kalau ada masa, lawati Bangunan Kota Raya berdekatan dengan Perhentian Bas Kelang Kuala Lumpur. Dahulunya lengang dan sekarang pendatang FILIPINA bersidai diseluruh tingkat bangunan dan tangga masuknya. Letakkan anak anda yang berumur 10 ke 15 tahun dan kalau anda mampu, memang anda seorang yang berani.
JANGAN BANYAK TANYA.. TU SYAITON.
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment