harakah | ....Memang kami belum mengenali secara keseluruhannya parti itu, namun ia boleh berbincang dan dengan cara ini sudah mula ada titik pertemuan antara Pakatan Rakyat dan SAPP yang jelas begitu kecewa dalam pakatannya dengan BN selama ini.
"SAPP sebenarnya sudah melalui jalan pembangkang, ini memberi gambaran yang baik untuk menjalinkan pakatan yang baru," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas adakah usaha untuk mengajak parti itu menyertai Pakatan selepas parti itu mengumumkan rasa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah.
Ketika ditanya adakah PAS bersedia menyokong usul tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen, beliau memberitahu perkara itu akan berlaku.
Sambungnya, ini kerana usaha untuk menyingkir Perdana Menteri itu bukan atas peribadi, sebaliknya atas dasar serta ketidakupayaannya mentadbir negara. .. selanjutnya.
Sep 11, 2008
Nik Aziz pelawa SAPP sertai Pakatan Rakyat
Labels: Lompat parti, SAPP
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Cetus kemarahan, Dr Siti Mariah buat laporan polis terhadap Khir Toyo
harakah | ...Menurut Siti Mariah, laporan itu dibuat berikutan laporan media Utusan Malaysia 9 September 2008, yang menyebut bahawa Khir kononnya berkata wujud usaha daripada sebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat untuk melarang azan daripada berkumandang di masjid-masjid seluruh Selangor.
"Bahkan Khir Toyo juga secara ambil mudah memperakui bahawa kononnya wujud usaha pihak tertentu (penduduk Puchong) bagi menyediakan satu petisyen membantah azan daripada dikumandangkan di kawasan tersebut.
"Jelas ini semua adalah fitnah dan Khir bercakap tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat disandarkan kepada kenyataannya," ujar Siti Mariah yang juga AJK PAS Pusat.
Ujar beliau, PAS melihat kenyataan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Beliau turut mendakwa ia sebagai satu kenyataan provokatif terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
"Saya menyeru rakyat agar bertenang dan jangan mudah mempercayai fitnah dan berbaur perkauman ini," katanya.... selanjutnya.
Labels: Belit Khir Toyo
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kerajaan tarik balik sekatan ke atas blog
Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam.
“Arahan sekatan yang dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog sebelum ini, termasuk portal berita 'Malaysia Today' ditarik balik berkuat kuasa serta-merta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan
no2umno - Tak perasan pun.
Labels: Blog
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
29 pemimpin BN di NS sertai PKR
malaysiakini | Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.
Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.
Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.
Selain mereka, tiga AJK cawangan Pemuda Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.
Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.... selanjutnya.
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Anwar Siap Lobi Parlemen di Taiwan

kompas | Aliansi tiga partai oposisi pimpinan Anwar bisa mengambil alih pemerintahan jika sedikitnya 30 anggota parlemen membelot dari koalisi Barisan Nasional. Anwar siap terbang ke luar negeri jika diperlukan untuk menemui para anggota parlemen dan membujuknya agar mau bergabung dengan kelompoknya.
Anwar menegaskan, secara diam-diam ia menjalin hubungan dengan para anggota parlemen dalam beberapa bulan terakhir. Ia pun yakin target berkuasa pada Selasa depan akan terlaksana.
"Kami berusaha untuk itu. Ada masalah teknis karena (para anggota parlemen) sudah berangkat. Insya Allah itu akan terjadi. Bila perlu, saya akan pergi Taipei," kata Anwar yang secara mengejutkan kembali duduk sebagai anggota parlemen setelah memenangi pemilu sela, Maret 2008.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Anwar mungkin ke Taiwan
p99ampang | ....Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merupakan ketua pembangkang di fahamkan akan ke Taiwan jika perlu untuk berbincang bersama 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional untuk memastikan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini.
Walaupun sebelum ini beliau ada menjelaskan mungkin penubuhan kerajaan baru akan berlaku pada 20 September ini namun itu hanya sebahangian dari ” Pelan B ” mungkin.
Agak mengejutkan sewaktu keterangan beliau kepada akhbar di mana
“16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadiri satu prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung tuduhan liwat.
Jelas Anwar lagi beliau tidak pernah putus hubungan dengan anggota Parlimen yang berada di Taiwan kini dan jika terdesak bagi menyelesaikannya beliau akan pergi ke negara itu jika perlu.
Namun dapat di lihat keretakkan Barisan Nasional semakin jelas apabila Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk fikirkan semula tempoh peralihan kuasa yang di anggap terlalu lama.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Buruk BN terdedah di Taiwan
Sketsa lompat parti yang berlaku sebenarnya sudah di perhati oleh makhluk sedunia sejak awal lagi. Walaupun alasan BN untuk membawa MP tidak membabitkan soal lompat parti, tetapi usaha ini sudah di duga. Langkah ini merupakan langkah terdesak kerajaan BN untuk tidak memberikan ruang bagi 16 September menjadi realiti. Tapi di dalam usaha tersebut ... sebenarnya Kerajaan BN membuka pekung di dada.
Langkah mencolek MP ke luar negara, jadi bahan ketawa masyarakat dunia.
Seluruh dunia sedang memerhati perkembangan dengan golek gelantang, hilai ketawa, lawak dan gurau senda. Betapa BN kecoh, panik dan gementar dengan ugutan Anwar. Tapi pura pura selamba.
Dan akibatnya ..... di Taiwan, MP sedang di kerumuni oleh para wartawan dari seluruh dunia untuk mendapatkan berita.
Kini semua orang dah tau ... Yang cuba rahsia, tapi terbongkar dengan tidak sengaja.
Baca DI SINI.
According to the news reports in Taiwan, Malaysia has now learned to apply the “kidnapping” tactics common during the island’s election wars.dan
At about 7.00 a.m. Tuesday, Sheraton Hotel in downtown Taipei was thronged by a large crowd of reporters, including those from the island’s major TV stations.Jerat makan diri. Yang cuba bermuslihat tak boleh selamat lagi. Menyerah kalah ... atau larikan diri.
Some of the MPs saw the transit paper Upaper (a complimentary paper published by the UDN Group) in the hand of Sin Chew Daly’s correspondent in Taipei, which carried the news of Malaysian MPs’ trip to Taiwan on its front page. Some of the MPs saw the news translated by Upaper from foreign newswire, which said Malaysian MPs were sent off en masse to prevent “kidnapping,” and dismissed the report as “ridiculous.”
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
TV, radio perlu saingi kepantasan blog dan sms
klpos | ..."Sudah pastinya apa yang disebarkan oleh media kerajaan seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) adalah sesuatu yang benar, sahih dan tepat, dan bukannya mempunyai elemen sensasi yang belum boleh dipastikan seperti melalui sms, blog dan sebagainya.
"Ini kerana masyarakat selama ini pun memang telah sinonim sebagai apa yang disiarkan oleh RTM sebagai benar, tepat dan sahih," katanya di majlis pelancaran Chery Eastar MPV dan perasmian program visual radio 'Roadshow Oghok Pikuk Negerifm' di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Pengarah Penyiaran negeri (Negerifm) Norbaiyah Baharuddin dan Pengurus Besar CE Distributions Sdn Bhd Raymond Chew.... selanjutnya.
Labels: Blog
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RM3 billion berjaya dibawa masuk untuk beli wakil rakyat?
klpos | Saya pernah menulis kisah Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 27 Mei lalu yang menyatakan beliau ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi.
Ketika itu, saya tidak dapat membayangkan jumlahnya sama ada ia RM10 juta, RM30 juta atau RM100 juta?Bagi saya, secara kasarnya, satu generasi ialah lebih kurang 25 tahun dan tiga generasi ialah 75 tahun.
Oleh itu, berapa banyakkah wang yang ditawarkan kepada Datuk Abdul Rahman yang boleh "dimakan" sehingga tiga generasi? Boleh dimakan sehingga 75 tahun?... selanjutnya.
Labels: Lompat parti, Rasuah Politik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

