KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 11, 2008

Cetus kemarahan, Dr Siti Mariah buat laporan polis terhadap Khir Toyo

harakah | ...Menurut Siti Mariah, laporan itu dibuat berikutan laporan media Utusan Malaysia 9 September 2008, yang menyebut bahawa Khir kononnya berkata wujud usaha daripada sebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat untuk melarang azan daripada berkumandang di masjid-masjid seluruh Selangor.

"Bahkan Khir Toyo juga secara ambil mudah memperakui bahawa kononnya wujud usaha pihak tertentu (penduduk Puchong) bagi menyediakan satu petisyen membantah azan daripada dikumandangkan di kawasan tersebut.

"Jelas ini semua adalah fitnah dan Khir bercakap tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat disandarkan kepada kenyataannya," ujar Siti Mariah yang juga AJK PAS Pusat.

Ujar beliau, PAS melihat kenyataan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau turut mendakwa ia sebagai satu kenyataan provokatif terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"Saya menyeru rakyat agar bertenang dan jangan mudah mempercayai fitnah dan berbaur perkauman ini," katanya.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive