KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

Najib Ketinggalan Zaman

dipetik: Tranungkite
Oleh ahmadhadeed

Saya mendengar berita jam 8 pm baru sebentar tadi dan terdengar Najib bercakap dengan begitu kuat dan emosi cuba untuk meng'eksploit' kes pembunuhan Benazir Bhutto dengan politik tanah air. Saya dah menduga perkara ini berlaku. Najib cuba mengaitkan bagaimana ada kumpulan yang telah merasa kalah dalam pilihanraya cuba mengambil kesempatan untuk bertindak ganas. Mungkin dia mahu sindir PAS dan Bersih. Ini semua adalah taktik lama pinjaman dari USA untuk menghadapi parti pembangkang iaitu slogan 'war on terror' atau perang memerangi keganasan'. Tahukah Najib, UK telah menggugurkan retorik ini pada 27 Dec 2007?...

Apabila berlaku pengeboman dan pembunuhan Benazir Bhutto rupanya ramai ' merchant of death' atau saudagar maut yang cuba mengambil kesempatan untuk menundukkan musuh politik mereka. Mereka terus menuduh kumpulan Islam , samaada parti politik Islam atau masyarakat yang berpegang kuat pada Islam yang melakukkannya. Kalau dulu,bila berlaku pembuhuhan ketua parti pembankang di Pakistan,orang menuduh pemerintah,orang menuduh tentera, polis rahsia, mossad, kgb atau Cia. Sekarang semua nya berubah. Kalau bangunan meletup,orang di bunuh atau walhal kebakaran hutan besar berlaku,semua akan penduduk Islam, parti Islam,kumpulan kebajikan Islam atau personaliti Islam. Pihak pihak ini berharapkan apabila tuduhan ini sudah berjaya di bisikkan,maka pihak sekular atau bukan Islam akan membalas dendam keatas orang Islam tanpa melalui proses undang undang atau pun sifat rational seorang manusia yang adil.

Itu lah nada Najib apabila meraung dalam TV pukul 8 tadi. Beliau meraung begitu kuat sekali, tak pernah beliau berceramah sebegitu kuat selepas banjir surut di Pahang. Politik di Pakistan tak ada kena mengena dengan Malaysia. Malah analisa Najib tersimpang sekali. Yang di bunuh di Pakistan ialah KETUA PARTI PEMBANGKANG bukan nya parti pemerintah. Kalau ketua parti pembangkang yang di bunuh dalam keadaan hanya beberapa minggu sebelum pilihanraya dan dalam keadaan semua world public opinion sudah bersama dengan Benazir maka kemungkinan besarnya pembunuhnya ialah orang yang mahu menghalang parti pembangkan menang dalam pilihanraya.

Kalau najib mahu mengatakan bahawa pembunuhan Benazir adalah kerana perhimpunan haram, Najib perlu mengetahui bahawa yang menghalang perhimpunan awam ialah parti pemerintah bukan parti pembangkang PPP pimpinan Benazir Bhuto.Ceramah atau freedom of speech pula termaktub dalam pelembagaan demokrasi.

Ada satu lagi sebab yang menyebabkan Najib berteriak kuat dalam ucapan nya. Mungkin Najib meng-andaikan pembunuh Benazir ialah golongan Islam di Baluchistan atau di North Frontier a. Itu pun tak masuk akal kerana yang memerangi kabilah Islam di utara ialah Musharaf bukan Benazir. Malah Benazir pernah berkata punca keganasan ialah kerana penindasan terhadap rakyat.

Jadi apakah yang menyebabkan Najib begitu ghairah sekali melaung dalam TV. Mungkin ada satu lagi andaian iatiu Najib mahu mengatakan bahawa yang membunuh Benazir adalah golongan fanatik Islam saperti PAS dan mereka perlu di benteras. OK. Kalau begitulah kegelisahannya,mengapa tidak bersemuka dengan PAS dan adakah kertas tuduhan bahawa PAS adalah parti keganasan dan PAS perlu di hapuskan. PAS akan berkata bahawa mereka adalah parti yang berdaftar di bawah pelembagaan Malaysia di bawah sistem demokrasi berpelembagaan dan semua aktiviti PAS dapat di pantau oleh Pendaftar Pertubuhan. Sampai sekarang tidak lagi ada kes PAS tembak orang atau PAS meroboh rumah orang tanpa apa apa sebab. Tetapi UMNO melaksanakan kesemua nya tanpa segan silu.

Jadi apakah Najib mahu terus mengexploit fear atau ketakutan rakyat di zaman ' war on terror' tajaan USA ini. Bush sendiri gagal memomokkan Islam fundamentalis kepada rakyat USA,adakah Najib akan berjaya memomokan Islam tulin di Malaysia?

Untuk pengetahuan Najib,UK telah menggugurkan istilah ' war on terror ' untuk menbincangkan tentang serangan terhadap orang awam. UK chief prosecutor telah menyebut perkara ini pada 27 dec 2007 memandangkan bagaimana istillah ini telah di exploit oleh orang politik untuk menzalimi orang tidak berdosa dan menakluk negara yang berdaulat. Kalau Najib masih exploit kes serangan keatas orang awam untuk mengaitkan dengan kumpulan Islam maka itu namanya ketinggalan zaman.
The Director of Public Prosecutions said: 'We resist the language of warfare, and I think the government has moved on this. It no longer uses this sort of language."

His remarks signal a change in emphasis across Whitehall, where the "war on terror" language has officially been ditched.

The term "Islamic terrorist" will also no longer be used. Officials believe it is unhelpful because it appears to directly link the religion to terrorist atrocities.

Kalau negara Barat yang bukan Islam telah sedar bahawa mereka telah di tipu oleh Bush yang menggunakan slogan war on terror untuk menzalimi ummat Islam,adakah Najib yang Islam,yang juga menjadi mangsa kepada Bush mahu terus mahu mengguna slogan atau cliche ' war on islamic terror' apabila bom meletup di Pakistan membunuh ketua parti pembangkang?.

Saya rasa Najib dan UMNO perlu mengubah cara berpolitik yang meloyakan dizaman post 911 ini kerana mereka telah di perhati oleh rakyat dan jelas UMNO a hanyalah oppotunist politik yang sanggup membuat apa saja untuk memenangkan mereka dalam p-raya bagi terus berkuasa . Saya rasa elok lah Najib menyelesaikan nasib askar yang menjadi tukang masak ATM yang terpaksa berhadapan dengan ancaman berhenti kerja atau terpaksa kerja dengan swasta dengan gaji rendah demi untuk memuaskan kroni UMNO yang mahu mengaut duit dari tender makanan kepada tentera.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive