KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 30, 2007

Seriuskah UMNO Johor Memperjuangkan Bahasa Melayu?

dipetik: minda-kembara.blogspot.

Apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan peningkatan terhadap keputusan mata pelajaran Sains dan Matematik sekali gus seolah-olahnya menunjukkan bahawa tindakan kerajaan dalam perkara ini adalah tindakan yang berada di landasan yang betul, ada yang mula mempersoalkan terhadap dakwaan bahawa Bahasa Inggeris tidak sesuai dijadikan bahasa pengantar dalam mata pelajaran-mata pelajaran tersebut.

Menariknya, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Bin Othman telah menjadi sasaran pemberita kerana UMNO Johor sebelum ini cukup konsisten menentang perlaksanaan pengunaan Bahasa Inggeris (BI) ini. Beliau telah diminta mengulas mengenai Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMBI) yang diperkenalkan sejak 2005 yang dikatakan tidak menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu pada peperiksaan PMR 2007.

Abdul Ghani yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menyatakan bahawa beliau tetap yakin bahawa Bahasa Malaysia paling berkesan untuk digunakan dalam mengajar subjek Matematik dan Sains serta menjelaskan bahawa penggunaan BI tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan keputusan yang dicapai untuk kedua-dua subjek tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya tetap yakin bahawa bahasa ibunda adalah cara terbaik bagi sesebuah bangsa mendalami ilmu pengetahuan.

Abdul Ghani juga berhujah bahawa penggunaan Bahasa Ibunda adalah cara terbaik bagi sesebuah bangsa mendalami ilmu pengetahuan telah pun dibuktikan oleh sejarah dan pakar-pakar pendidik di peringkat antarabangsa. Beliau juga mahu langkah memperkasakan bahasa Inggeris dilaksanakan dalam mata pelajaran bahasa tersebut iaitu melalui kaedah yang lebih baik dan tersusun. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive