KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

BELI UNDI SALAH DI THAILAND ... Malaysia ok

Pemerhati Pilihan Raya Mahu ECT Lebih Telus

Oleh D. Arul Rajoo

BANGKOK, 11 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (ECT) perlu konsisten, adil dan telus dalam memberikan kad kuning serta merah kepada pemenang pilihan raya umum 23 Dis lepas, kata pemerhati politik Asian Network for Free Elections (Anfrel) Jumaat.

Penyelaras misinya, Ichal Supriadi berkata ECT perlu terbuka dalam peraturan mereka dan memaklumkan secara terperinci kepada orang ramai tentang keputusan yang mereka buat semasa menyiasat kes pelanggaran pilihan raya yang membawa kepada penangguhan pengumuman pemenang pilihan raya itu dan pembentukan kerajaan baru.

"Ke arah membina kepercayaan orang ramai, ECT perlu menerbitkan peraturan bertulis bagi setiap kes dalam laman web mereka. Sungguhpun sesetengah maklumat daripada siasatan itu jelas sensitif, ECT seharusnya mengeluarkan secara aktif seberapa banyak bukti kepada orang ramai agar peraturan mereka lebih mudah diteliti," kata Supriad dalam satu kenyataan di sini.

People's Power Party (PPP), yang diwujudkan oleh penyokong Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra, memenangi 233 kerusi dalam pilihan raya itu tetapi tidak mencapai 241 kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan sendiri dan mungkin kehilangan lebih banyak ekoran pembatalan empat calonnya.

ECT telah pun memberikan tujuh kad merah kepada empat calon PPP, dua dari Chart Thai dan seorang calon Matchimathipataya kerana pembelian undi yang menghalang mereka daripada bertanding dalam pilihan raya kecil manakala berbelas-belas orang lagi diberikan kad kuning yang membolehkan mereka bertanding semula.

ECT turut menyiasat VCD Thaksin yang diedarkan semasa kempen pilihan raya meskipun beliau diharamkan daripada politik selama lima tahun, selain dakwaan PPP menjadi penama parti Thai Rak Thai yang dibubarkan dan kes timbalan ketua PPP Yongyuth Tiyapairat yang disiasat oleh ECT kerana melakukan penipuan dalam pilihan raya.

PPP boleh dibubarkan sekiranya mana-mana dakwaan itu didapati benar.

Anfrel, yang menugaskan 37 pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi pilihan raya Thai, berkata ia juga akan memerhatikan pilihan raya semula yang diadakan selepas calon dibatalkan kerana melanggar peraturan pilihan raya, bermula dengan Nakhon Ratchasima pada Ahad ini dan Buri Ram minggu depan.

"Dalam konteks politik yang sensitif ini apabila sebuah kerajaan masih belum ditubuhkan, pilihan raya semula perlu ditadbirkan dengan baik dan keputusannya diterima oleh semua pemegang kepentingan dalam pilihan raya," kata Supriadi.

Supriadi berkata semua calon perlu mengelak daripada melanggari peraturan pilihan raya bagi memastikan pilihan raya yang lancar dan boleh dipercayai memandangkan pembelian undi yang berulang kali membawa risiko pilihan raya semula yang dapat merenggangkan pengundi dan membazirkan bajet pilihan raya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive