KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

DIMELAKA, MAK DAN ANAK BERMAKSIAT

Ibu, anak dicekup bersekedudukan
Oleh Norfaisal Jahuri

MELAKA: Seorang ibu tunggal bersekongkol bersama anak gadisnya untuk bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing di rumah mereka di Taman Indah Seksyen 3, Padang Jambu, dekat sini.

Perbuatan dua beranak itu terbongkar apabila mereka ditahan bersama pasangan masing-masing oleh Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), pagi semalam.

Ibu tunggal berusia 45 tahun dan anak gadisnya berusia 21 tahun dicekup kira-kira jam 5.45 pagi di rumah mereka.

Pasangan kekasih si ibu yang berusia 37 tahun, manakala teman lelaki anak yang berusia 27 tahun turut ditahan sedang tidur dalam bilik kekasih masing-masing.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata siasatan awal mendapati teman lelaki kepada ibu berkenaan sudah tinggal di rumah itu kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, lelaki terbabit yang juga seorang duda menumpang di rumah berkenaan dengan alasan teman lelaki anak perempuan kekasihnya juga tinggal bersama mereka.

“Lelaki berkenaan bekerja sebagai tukang gunting rambut di Tampin, Negeri Sembilan, manakala teman lelaki anak ibu tunggal itu bekerja sebagai jurujual,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan juga mendapati anak perempuan ibu tunggal itu adalah seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Beliau berkata, ketika pegawai penguat kuasa tiba ke rumah berkenaan, semua mereka sedang tidur dan selepas beberapa minit memberi salam ibu tunggal berkenaan membuka pintu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, pihaknya masuk untuk membuat pemeriksaan dan menemui anak gadis ibu tunggal itu sedang duduk di atas kerusi di ruang tamu.

“Pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki terbabit di bilik berasingan dalam rumah berkenaan.

“Selepas mendapati mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, mereka ditahan untuk siastan lanjut,” katanya.

Menurut Rahimin, semua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive