KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

SHARLINIE: SIAPA BELIT?

Wanita cantik bawa adik
Kosmo

SHARLIENA menunjukkan tempat Sharlinie dibawa menaiki kereta oleh wanita cantik.

PETALING JAYA – Sharliena Mohd. Nashar memberitahu, adiknya dilarikan oleh seorang wanita cantik memakai kasut tumit tinggi ketika mereka dalam perjalanan pulang selepas bermain di taman permainan di PJS2 Taman Medan di sini kelmarin.

Sharliena, 8, berkata, ketika itu, dia sedang menaiki basikal manakala adiknya mengekorinya dengan berjalan kaki dari belakang.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi tapak kasut orang berjalan. Saya toleh ke belakang dan nampak wanita itu dan semasa itu, adik masih ada lagi.

“Wanita cantik itu kemudiannya memberi adik gula-gula dan terus menarik adik ke dalam sebuah kereta hitam yang dipandunya sendiri,”
katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam.

Semalam KOSMO! melaporkan Sharliena sebagai berkata, adiknya tiba-tiba hilang dari pandangan dan dia langsung tidak perasan bagaimana Sharlinie boleh hilang sebelum terus balik ke rumah untuk memberitahu ibunya.

Dua beradik itu yang sepatutnya pergi ke kelas mengaji al-Quran selepas selesai sekolah agama pukul 11 pagi bagaimanapun pergi bermain di padang permainan.

Cerita Sharliena lagi, adiknya itu terus menjerit semasa dipaksa masuk ke dalam kereta dan dia hanya mampu melihat adiknya dibawa pergi.

Menurut sumber, pihak polis terpaksa mengulangi pertanyaan yang sama kepadanya untuk memastikan maklumat yang diceritakan sahih.

“Walaupun dia banyak memberi maklumat, kita tidak boleh memakai kesemuanya kerana ia sentiasa berubah-ubah. Kita terpaksa bertanya benda yang sama berulang kali untuk mendapatkan jawapan yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

No2umnO - Kenyataan kanak kanak tersebut bercelaru mungkin kerana bingung dan rasa bersalah kehilangan adik yang dibawah jagaannya. Tak dapat dinafikan. Tapi yang polis pun bagi kenyataan bercelaru kenapa? Tiba tiba keluar muka lelaki pulak yang disyaki. Serkap jarang lagi ke? Tak per la pak polisi, kita semua tahu Polis kerjanya "JANJI SIAP" .......

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive