KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

PERJUANGAN ISLAM OLEH UMNO MEMANG IKHLAS

Sembahyang Berjemaah atas jalan
Oleh Helmy Abd Rahman
Harian Metro

KAJANG: Agak mengharukan apabila sebilangan besar masyarakat Islam di Kajang Prima di sini, terpaksa menyambut kedatangan Maal Hijrah semalam dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan surau selain memerlukan permit polis untuk menganjurkan majlis agama sempena sambutan berkenaan.

Begitupun, keadaan itu tidak melemahkan semangat penduduk terbabit yang tetap bersatu hati dengan bersama-sama bersolat Maghrib secara berjemaah atas jalan dan menjalankan beberapa aktiviti keagamaan serta jamuan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, Mohd Rashdan Rohani, 33, berkata walaupun sebelum ini kerajaan Selangor berjanji membina masjid di kawasan itu, mereka tetap memerlukan surau supaya 600 penduduk Islam dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih terurus.

Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pengurusan Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari taman itu, tidak lagi membenarkan penduduk menggunakan surau sekolah terbabit untuk solat Maghrib dan Isyak.

“Sepatutnya ada peruntukan membina surau di kawasan sekitar selepas tapak asal diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (Silk).

“Kami bukan menolak pembinaan masjid yang akan dilakukan kerajaan negeri, malah cukup gembira dan bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan tetapi persoalannya kini, tapak masjid yang akan dibina itu belum pasti dan berdasarkan apa yang diberitahu pihak bertanggungjawab, satu masjid akan dibina bagi menggantikan tapak surau yang diambil di Taman Asa Jaya kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashdan berkata, penduduk Islam di kawasan itu berasa seperti ditindas apabila perjuangan lima tahun bagi mendapatkan surau ‘musnah’ sekelip mata.

Menurutnya, penduduk terkilan apabila pembinaan surau yang memerlukan hanya 0.1 hektar daripada seluas 3.3 hektar di taman permainan sedia ada, dibatalkan berikutan bantahan beberapa individu yang tinggal berhampiran tapak itu.

“Kami harap mereka boleh bertolak-ansur untuk membina surau kerana ia untuk kemudahan kami menunaikan solat berjemaah. Malangnya, mereka menolak setiap kali kami mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah ini.


“Kami tidak mahu masalah surau dibesarkan dan ia perlu diselesaikan segera sekali gus boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati antara penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive