KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 20, 2008

'CUTI' dijadikan umpan

Timbang Thaipusam cuti umum – Abdullah
Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji untuk menimbang kemungkinan menjadikan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum di seluruh negara.

Beliau berkata, langkah itu akan dilaksanakan selepas perkara tersebut dibincang dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.

‘‘Thaipusam sudah dekat, rakyat muafakat. Pak Lah kena mesyuarat, lepas itu baru nak cakap,” katanya dalam bentuk pantun empat kerat berbunyi:

Minum pagi kopi pekat,
bersarapan sebuku roti,
Sambutan Thaipusam semakin dekat,
warga menanti pengumuman cuti.


Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Ponggal anjuran Barisan Nasional (BN) Bukit Bintang di Jalan Masjid India yang dihadiri 5,000 orang di sini, malam ini.

Thaipusam yang merupakan satu lagi perayaan kaum India hanya dijadikan cuti umum di Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

Dalam pada itu, Abdullah turut melahirkan kegembiraan kerana Pesta Ponggal yang disambut oleh masyarakat petani kaum India kini turut dirayakan penduduk berbilang kaum.

No2unmO - Hati mana yang tidak Gundah Gulana apabila melihatkan kaum India semakin hilang di hati, jauh di mata. Beri wang takut tak sampai tangan, maka diberikan cuit. Kononnya Kaum India dahagakan cuti yang sejak dahulu dipohon tetapi baru sekarang nak dipertimbangkan. Haiii .... Siapa lah yang terbeli dengan sogokan cuti dari kerajaan yang semakin terdesak, binggung, bimbang di pinggirkan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive