KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 20, 2008

KERANA HINDRAF, KAUM INDIA KL DAPAT CUTI TAIPUSAM

Perdana Menteri Isytihar Thaipusam Cuti Umum Di Kuala Lumpur, Putrajaya

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Thaipusam kini hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bermula dengan perayaan tahun ini yang disambut pada Rabu, 23 Jan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sekali," katanya dan pengumuman beliau itu disambut tepukan gemuruh lebih 21,000 anggota dan penyokong MIC yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini.

Sebelum ini, Thaipusam merupakan cuti umum bagi Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor.

No2umnO - tak perlu berselindung lagi kerana Hindraf lah maka kaum india di Kuala Lumpur telah berjaya memperolehi cuti umum untuk Thaipusam. Terima kaseh kepada HINDRAF kerana berjaya melarikan kepercayaan kaum India kepada kerajaan. Ketika ini, apa sahaja permintaan kaum India akan diluluskan kerana kebimbangan kerajaan akan kehilangan undi kaum tersebut.

Sebenarnya tektik sebegini sudah lama digunakan oleh kaum China. Bukan kerana kaum Cina ramai yang mengundi Barisan Nasional dan bukan kerana Kaum India menyokong parti tersebut tetapi sebenarnya kerana bangsa Melayu tidak lagi percaya kepada UMNO dan Barisan Nasional. Kerana inilah maka pemimpin UMNO di dalam Barisan Nasional terpaksa berpaling tadah kepada bangsa lain.


Apa lagi yang nak dikata, kalau Perdana Menteri bagaikan lembu dicucuk hidung, ketika undi nanti, rakyat akan dicucuk hidung pula. You scratch my back and later i will scratch ur back. If I got the power than ur are useless untill the next election.
Apa apa pun, tahniah kaum India kerana hanya selepas 50 tahun, kalian berjaya memperolehi satu cuti untuk perayaan bagi kaum India di Kuala Lumpur.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive