KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 4, 2008

Kawasan elit jadi 'Mini Dhaka'

kosmo.
SEBAHAGIAN daripada ratusan warga Bangladesh yang masih lagi tersadai di sekitar pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Masalah ratusan warga Bangladesh 'bersidai' di tebing Sungai Gombak berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai di sini sehingga 'menyakitkan' mata memandang, kini menjalar pula menjadi masalah lain.

Ini kerana, penduduk tempatan khususnya yang tinggal berdekatan dengan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Lorong Damai 7, kini mulai pening dengan kebanjiran warga berkenaan yang bertumpu di kawasan itu.

Lebih merimaskan penduduk, kawasan tersebut kini bagaikan sudah menjadi 'Mini Dhaka' ekoran ramainya warga Bangladesh berkeliaran dan mundar-mandir tanpa arah tuju di sepanjang lorong berkenaan.

Ada antara warga terbabit yang mengambil kesempatan membuka gerai roti, biskut, buah-buahan dan rokok di hadapan pejabat pesuruhjaya tinggi berkenaan.

Keadaan itu, sekali gus menjadikan suasana di lorong perumahan banglo elit di tengah bandar raya Kuala Lumpur itu tidak ubah seperti lorong di sebuah pasar.

Malah, kebimbangan penduduk di situ makin menjadi-jadi apabila mereka mendakwa warga Bangladesh itu mula menjadikan sebuah banglo kosong di kawasan itu sebagai penempatan mereka sejak tahun lepas lagi.

Seorang pekerja swasta di situ, Suffian Osman, 23, berkata, beliau terkejut melihat warga Bangladesh itu tinggal beramai-ramai di banglo berkenaan kerana mereka kebiasaannya sering melepak di sekitar jalan dan tebing sungai.

Suasana itu turut menimbulkan rasa kurang senang penduduk di situ antaranya, Suriyati Mohamad yang berasakan keselamatan dan kesihatan di kawasan tersebut kini tidak lagi terjamin.

"Mereka sentiasa ramai berkeliaran di sini dan paling saya risau, masalah sosial bakal berlaku. Saya ada anak-anak gadis serta pembantu rumah, begitu juga jiran lain.

"Kami jadi tak selesa, tak selamat. Nak keluar halaman rumah pun mereka asyik pandang saja dan sebagai penduduk kami juga ada hak," katanya ketika ditemui KOSMO! semalam.

Dari sudut kesihatan dan kebersihan pula, Suriyati berasa rimas kerana longkang-longkang di sepanjang Lorong Damai 7 itu kini dipenuhi bekas makanan polisterin dan sisa makanan yang dibuang warga Bangladesh terbabit.

"Memang berbau. Air bertakung di longkang ini nanti boleh mewujudkan suasana tidak sihat dan Alam Flora tak mahu kutip sampah sisa makanan ini kerana mereka kata ini bukan sampah biasa yang patut mereka kutip," jelasnya.

TIMBUNAN bekas makanan yang dibuang warga Bangladesh sehingga menimbulkan bau busuk di sekitar Jalan Damai,Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat merayu supaya pihak berkuasa tampil menyelesaikan masalah pekerja Bangladesh berkenaan sebelum pelbagai masalah lain menular.

"Malulah, bila pelancong naik LRT (Transit Aliran Ringan) melalui Stesen Damai, apabila mereka lihat bawah, nampak penuh warga Bangladesh.

"Begitu juga pelajar sekolah dan orang awam yang lalu menyeberangi Sungai Gombak, keselamatan mereka juga tak terjamin," jelasnya.

Sementara itu, tinjauan ke tebing sungai berkenaan iaitu di kawasan berdekatan Stesen LRT Damai mendapati tiada kelibat warga Bangladesh melepak dan berbaring di situ.

Namun KOSMO! difahamkan, masih ada segelintir mereka yang masih menjadikan tebing Sungai Gombak sebagai tempat tidur biarpun kebanyakan mereka kini dibenarkan bermalam di dalam kawasan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

1 comments:

Anonymous said...

hairan ya..mengapa begitu ramai sedangkan tahun2 sudah tidak seperti ini. Saya syak, mereka semua ini akan dijadikan pengundi hantu dalam pilihanraya akan datang ini.

Posting terkini

Blog Archive