KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 3, 2008

Kementerian Penerangan terbit buku tangkis hujah pembangkang

KEMENTERIAN Penerangan telah mengedarkan 10,000 naskah buku Janji Dikota kepada orang ramai bagi menangkis pelbagai tohmahan parti pembangkang terhadap kerajaan, kata Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata buku karangan beliau sendiri yang mengandungi 17 perkara itu juga telah dibekalkan kepada pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan pegawai penerangan daerah sebagai bahan rujukan bagi memudahkan mereka menyalurkan maklumat ketika memberi ceramah di seluruh negara.

"Isi kandungan buku itu bermula dengan tarikh pelantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri pada 30 Oktober 2003," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya parlimen Bagan Datoh di sini petang ini.

Beliau berkata antara perkara yang disentuh dalam buku itu ialah konsep Islam Hadhari yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

"Buku itu juga menjelaskan 10 perkara yang Perdana Menteri rancangkan dalam masa 50 tahun akan datang, antaranya mengenai hasrat untuk mewujudkan universiti bertaraf dunia sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 100 yang akan disambut pada tahun 2057," katanya.

Ahmad Zahdi berkata buku itu yang diterbitkan dengan persetujuan Kementerian Penerangan diharap akan dapat diselaraskan sebagai satu piawaian ceramah yang lebih telus berbanding bentuk ceramah yang berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat lain seperti sebelum ini. Bernama

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive