KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 3, 2008

Undi BN, Singapura yang memerintah?

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

Sejak pentadbiran negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, seorang blogger Umno yang memperkenalkan dirinya sebagai The "thirteen million plus Ringgit" guy (http://bigdogdotcom.wordpress.com) melihat negara ini "bermain dan menari kepada rentak dan irama Singapura dalam serba serbi".

Ia bermula dengan isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli saham penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd dan sekaligus menguasai Alliance Bank Bhd, kata beliau.

Keadaan itu berlaku ketika Singapura sendiri amat liat untuk melepaskan asset negara itu, termasuk syarikat-syarikat dalam negara itu, dari dibeli oleh kepentingan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merayu agar kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Najib berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, kata Najib, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

''Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia," kata Timbalan Perdana Menteri.

Lebih mendukacitakan, Khazanah Holdings seolah-olah menjadi extension atau tangan kepada Temasek Holdings.

"Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan negara, Khazanah Holdings Bhd persis dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd, syarikat pelaburan Singapura. Terma baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula digunakan dalam 'cakap cakap pasaran'. Temasek Holdings juga mula membeli kepentingan dalam syarikat syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom Malaysia," kata ahli Umno itu dalam postingnya yang bertajuk "Kerjasama dengan Singapura dan mengadai kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan ketenteraan?".

Perkara itu sebenarnya pernah mendapat perhatian Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar. Sikap Khazanah Nasional kebelakangan ini amat menimbulkan kecurigaan, kata beliau.

"Pintunya yang terbuka luas untuk membolehkan perluasan cengkaman dan penguasaan syarikat-syarikat Singapura dalam projek-projek dan syarikat-syarikat strategik di negara ini menimbulkan tanda tanya adakah sayap perniagaan kerajaan yang sangat penting itu berkhidmat kepada negara ini atau sebenarnya kepada kerakusan cita-cita strategi Singapura ke atas negara ini," katanya lagi dalam satu kenyataan pada bulan November 2006..

Lebih buruk lagi, katanya, Khazanah Nasional juga berusaha untuk membawa pemikiran yang sangat bahaya kepada rakyat negara ini apabila ia menyeru rakyat Johor supaya jangan berfikiran sempit bila berurusan dengan Singapura.

Mahfuz mmbangkitkan kenyataan Naib Presiden Kanan Khazanah Nasional di dalam Pejabat Pengarah Urusan, Ahmad Shahizam Mohd Shariff yang menyatakan rakyat Johor hari ini mesti bersikap realistik dalam penilaian mereka terhadap rancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) atau sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Selatan Johor (SJER).

Ternyata bukan pembangkang sahaja yang begitu curiga dengan Khazanah Holdings yang semakin didakwa lebih mengutamakan kepentingan Singapura dari kepentingan negara.

Malah, The "thirteen million plus Ringgit" guy yang selalu mempertegaskan kesetiaanya kepada Umno melihat pembelian saham Pantai Holdings yang melibatkan pelaburan Khazanah Holdings sebagai satu skandal. Kemungkinan amat ramai ahli Umno yang lain yang mempunyai tanggapan yang sama seperti beliau amat sukar ditolak. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive