KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 3, 2008

MANGKUK NASIHAT PADA MANGKUK

Umno mesti perangi dakyah di laman web
Amirullah Andi Nur dan Nasir Abd Wahab
www.bharian.com.my

Pilihan Raya Umum ke-12 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Adakah Umno selaku tunjang utama Barisan Nasional (BN) sudah bersedia.

Sebagai parti tunjang BN, Umno sudah lama bersedia. Kita mengadakan kempen menambah keahlian dan mendaftar ahli Umno sebagai pengundi. Kita membuat persediaan dengan mengadakan kursus pilihan raya, selain memberi taklimat berkaitan undang-undang pilihan raya di seluruh negara. Kita juga mengadakan pilihan raya percubaan. Malah, Wanita Umno sudah menggerakkan semua Ketua 10 (K10) untuk berjumpa pengundi dan memberi penerangan pelbagai isu sepanjang masa kepada rakyat. Jentera parti peringkat Pemuda dan Puteri turut bergerak bagi memantapkan persediaan Umno. Selain itu, Biro Penerangan Umno turut mengadakan program dan taklimat secara berterusan bagi memberi kesedaran kepada ahli untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum. Pada peringkat bahagian dan cawangan Umno di seluruh negara, perkara sama turut dilakukan. Saya percaya menjelang kempen pilihan raya nanti, persediaan kita secara keseluruhannya cukup mantap. Kita hanya menunggu masa, bila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan pembubaran Parlimen.

Setiap kali pilihan raya pasti ada pelbagai cabaran yang dihadapi setiap parti politik. Apakah cabaran yang dihadapi Umno pada pilihan raya kali ini.

Pada pilihan raya lalu, kita berada dalam keadaan peralihan pucuk pimpinan. Kali ini, kita menghadapi cabaran berbeza dengan beberapa isu tertentu. Misalnya isu membabitkan Hindraf (Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu), tapi kita percaya isu ini dapat ditangani dengan baik. Kita lihat tidak ramai yang terpengaruh kerana sikap tegas kerajaan hingga berjaya meredakan keadaan menerusi penahanan lima pemimpin kumpulan terbabit mengikut ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Orang ramai yang bimbang akan keselamatan mereka berpuas hati kerana kerajaan dapat menyelesaikan kemelut itu dengan segera. Jelas tindakan tegas Perdana Menteri mendapat sokongan menyeluruh. (Uweekkkk) Biasanya orang ramai sering pertikaikan kerajaan apabila menggunakan ISA, tetapi dalam kes ini, mereka pula mendesak supaya akta itu digunakan bagi menangani Hindraf.

Selain isu Hindraf, kita juga berdepan dengan isu keselamatan. Ia banyak diperkatakan. Berbanding di negara lain, isu ini kurang diberi perhatian media, tapi di negara kita ia mendapat liputan meluas. Kerajaan sudah mengumumkan untuk menambah anggota polis sehingga 60,000 orang, selain pasukan keselamatan lain. Di samping itu, kita memberi keutamaan kepada pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mencegah jenayah manakala pasukan sukarela seperti JKKK (Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung), Rela atau Rukun Tetangga turut diaktifkan. Namun, pada masa sama, kita harap orang ramai turut memainkan peranan bagi meningkatkan keselamatan. Sebagai langkah proaktif kerajaan, kita dapat lihat ia juga sudah membina balai atau pondok polis tanpa menunggu pembinaan baru, sebaliknya menyewa rumah kedai seperti berlaku di Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Ini semua dibuat kerana kita ingin mengurangkan kebimbangan dan kerisauan orang ramai membabitkan soal isu keselamatan. (Uweekkkk)

Kita lihat masalah kenaikan harga barang ini juga ditangani dengan baik. Misalnya ada kes sorok minyak masak, kerajaan dengan segera bertindak meminta lebih banyak bekalan dikeluarkan kerana kita adalah negara pengeluar utama minyak sawit. Ada juga rungutan kenaikan harga barang oleh suri rumah. Umno perlu beri penjelasan. Kita banyak beri bantuan misalnya subsidi sebanyak RM40 bilion. (Uweekkkk)

Masalah lama sering dibangkitkan setiap kali menjelang pilihan raya. Apakah masalah yang belum dapat diselesaikan dan perlu ditangani Umno kali ini.

Biasanya setiap kali pilihan raya, isu atau masalah setempat sering dibangkitkan oleh pengundi seperti kemudahan awam, perumahan, sekolah, masjid, surau, balai raya, bekalan elektrik dan air, perparitan, banjir kilat dan sebagainya. Bagaimanapun, kebanyakan isu ini berjaya diselesaikan. Saya percaya, berapa banyak pun dilaksanakan, masih ada lagi yang diperlukan rakyat. Kerajaan BN akan terus melaksanakannya dari semasa ke semasa. (Uweekkkk)

Masalah pemilihan calon sering menjadi kontroversi malah di sesetengah negeri calon BN kalah kerana pengundi lebih memilih pemimpin bukannya parti. Bagaimana Umno menangani perkara ini.

Jika dulu setiap kali bertanding BN mudah menang, letak siapa saja calon, pasti menang, tetapi sekarang sudah berubah. Orang perlukan perkhidmatan yang terbaik dari wakil rakyat mereka. Saya beri contoh, ketika pilihan raya kecil di Ijok (Selangor) tahun lalu, kita akui BN susah hendak mengekalkan kerusi itu sebab penyandang dulu tidak aktif. Sebab itu, calon yang dipilih mestilah rajin bekerja, membantu rakyat dan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Sekarang ini pengundi memang hendak tahu siapa calon yang bertanding. Wakil mereka mestilah orang yang rajin bekerja. Tahap perkhidmatan menjadi perkiraan. Tapi kita bernasib baik, malah rakyat negara ini bernasib baik kerana majoriti calon BN yang bertanding sebelum ini boleh memberi perkhidmatan kepada rakyat. (Uweekkkk) Calon baru yang hendak dipilih kali ini mesti yang rajin berkhidmat dan diterima rakyat.

Proses melobi menjadi calon dikatakan sedang giat dilakukan di seluruh negara. Bagaimana Datuk Seri melihat perkembangan ini dan apa nasihat Datuk Seri kepada mereka ini.

Bagi saya, ini adalah proses biasa setiap kali menjelang pilihan raya. Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh presiden parti yang juga Perdana Menteri.

Ada dakwaan bahawa mereka yang melobi sanggup berbelanja besar untuk dipilih? Malah, ada yang sanggup upah broker.

Belanja besar?...dia nak belanja siapa? Nak beri hadiah?....Nak beri siapa? Kalau melobi, ini tak perlu berbelanja. Sebenarnya masalah kita dalam parti, kita mempunyai ramai calon yang layak tetapi kerusi terhad. Ia bermakna tidak semua calon boleh diterima dan terpilih. Kalau kerusi banyak, mungkin banyaklah boleh dipilih.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan wakil rakyat yang menghadapi masalah kesihatan, bermasalah dengan rakyat dan tidak menunaikan tanggungjawab secara berkesan tidak akan dipilih semula untuk bertanding pada pilihan kali ini. Ia jelas menunjukkan soal berapa lama seseorang sudah menjadi wakil rakyat bukan lagi ukuran utama. Komen Datuk Seri.

Saya bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu. Parti dan pucuk pimpinan pastinya akan memilih yang terbaik untuk mewakili Umno dan BN. (Uweekkkk) Bagi yang tidak dipilih, anggaplah mereka tidak ada rezeki untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Janganlah fikir kalau sudah tidak terpilih, khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Itu salah. Soal calon sudah lama berkhidmat juga tidak menjadi isu.

Mungkin ada penyandang dan muka baru yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon. Apa nasihat Datuk Seri.

Kita harus memberi sokongan parti biarpun kita tidak dipilih. Sebab apa? Sebab kita berjuang dalam parti untuk rakyat, bangsa, agama dan negara. Kita adalah alat parti supaya parti terus memperjuangkan nasib rakyat, supaya negara terus membangun. Kalau masih ada yang tidak menyokong calon BN, menunjukkan mereka tidak setia kepada parti. Mereka ini tidak ada kematangan dalam berpolitik. Ada orang yang sudah lama bersama parti hingga berusia 60 tahun baru dipilih sebagai calon. Seperti saya sebut sebelum ini, kriteria yang penting sudah diumumkan Perdana Menteri. Calon itu mesti orang yang berwibawa, rajin bekerja, boleh diterima orang ramai, boleh bawa kemenangan kepada parti. Mereka tidak terbabit dengan masalah rasuah, masalah yang boleh melemahkan parti, semua diambil kira...Ini semua ditapis sebelum pemilihan dibuat.

Pelbagai isu baru dan lama termasuk isu agama dan perkauman dibangkitkan semula parti pembangkang. Komen Datuk Seri.

Isu agama dan perkauman akan terus dibangkitkan pembangkang. Kita tahu isu ini sering dibangkitkan mereka setiap kali pilihan raya. Ia berlaku sejak dulu, zaman Pas sampai PKR (Parti Keadilan Rakyat), termasuk DAP. Ia isu sepanjang musim. Kalau tak main isu ini, pembangkang susah hendak tarik perhatian ramai. Kita sebuah negara demokrasi yang adil. BN ada rekod yang baik, sebab itu kita dapat bangunkan negara ini dengan baik. Isu agama, kita ada mahkamah...kita ada hakim dan kalau sesuatu itu berpihak kepada satu kaum, itu bukan perkauman. Itu keputusan mahkamah dan mesti dihormati. Isu agama, kalau kita perbesarkan, ia boleh besar. Kita mesti rasional. Kadang kala masalah penjagaan anak juga menjadi isu. Sebenarnya kalau kita ambil jalan sederhana, tidak dipolitikkan, saya percaya ia boleh diselesaikan. Kalau tak puas hati, boleh ke mahkamah. Sebagai negara demokrasi, (Uweekkkk) kita mesti menghormati keputusan mahkamah. Kini isu perkauman dan agama tidak dapat mempengaruhi majoriti rakyat. Selepas belajar daripada peristiwa 13 Mei, masyarakat semakin matang. Pembangkang masih main isu untuk tarik sokongan dan cari pengaruh. Orang ramai kena faham dan perlu rasional, kalau tak puas hati elok runding. (Uweekkkk) Setakat ini, majoriti rakyat Malaysia adalah sederhana...mereka dah belajar insiden 13 Mei.

Apakah isu semasa seperti kenaikan harga minyak, tol, tepung dan roti canai serta kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya dan kes Datuk V K Lingam boleh mempengaruhi pengundi.

Harga minyak… Pas kata nak turunkan harga minyak. Negara Arab pengeluar minyak, Amerika juga sama tetapi kedua-duanya tidak dapat turunkan harga minyak. PAS, PKR dan DAP tak ada minyak, macam mana nak turunkan harga minyak? Arab pengeluar utama pun tetapi tak turunkan. Kita beri banyak subsidi, lebih murah dari Indonesia , Singapura, Thailand. Minyak kita dah sikit...2015 akan habis, kerana itu kita perlu berjimat cermat. Harga kita sederhana lebih rendah dari negara lain. Kes tol pula, sebelum ini kita dah tamatkan bayaran tol di sesetengah tempat seperti di Jalan Kuching, Cheras dan Muar. Kenapa DAP, PKR dan PAS tidak ucap terima kasih. Lepas itu kita ada jalan alternatif yang tidak dikenakan tol. Kes V K Lingam dan Altantuya...ini semua sudah pada peringkat Suruhanjaya Diraja dan mahkamah. Saya yakin ia tidak mempengaruhi pengundi.

Bagaimana dengan penyebaran dakyah pembangkang menerusi laman web atau internet.

Saya percaya Umno kena balas balik dakyah pembangkang dalam internet atau laman web kerana ia mengelirukan rakyat. Mereka terbabit buat tohmahan berulang-ulang. Semuanya fitnah belaka. (Uweekkkk) Biro Penerangan Umno sudah edarkan banyak risalah penerangan untuk memberi kefahaman kepada rakyat. Di samping itu, presiden parti yang juga Perdana Menteri turut memberi taklimat selain pemimpin parti yang lain. Ia turut dibantu oleh menteri Umno yang menjelajah ke seluruh negara, bahagian dan cawangan. Sayap parti termasuk Wanita Umno, Pemuda, Putera dan Puteri turut memainkan peranan masing-masing. Alhamdulillah, penerangan Umno diterima dengan baik pada peringkat akar umbi.(Uweekkkk)

Ada beberapa negeri didakwa akan jatuh ke tangan pembangkang terutama Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang kini dikategorikan sebagai kawasan panas menjelang pilihan raya kali ini. Bagaimana Datuk Seri melihat situasi ini.

Kedah, Selangor dan Pulau Pinang tidak boleh jatuh ke tangan pembangkang. Ini kubu kuat kita. Cuma ada beberapa kerusi dirasai panas. Bukan jatuh, hanya kerusi panas dan ia bukan kawasan Umno. Di Melaka tak ada kawasan panas. Di Kota Melaka tak panas. Dia hanya suam-suam saja.

Peluang BN dan Umno untuk menawan Kelantan.

Peluang BN untuk menawan Kelantan pada pilihan raya kini amat baik. Rakyat Kelantan nampak sudah bosan berada 18 tahun di bawah pemerintahan kerajaan Pas yang setakat ini tidak membuat apa-apa perubahan. Kalau tanpa bantuan kerajaan Pusat dalam pelbagai projek pembangunan Kelantan, pasti rakyat negeri itu berada dalam keadaan yang teruk. Setakat ini, sambutan rakyat Kelantan pada majlis yang dianjurkan Umno amat baik. Dengan perpaduan dalam Umno Kelantan sekarang, saya yakin BN akan menguasai Kelantan pada pilihan raya kali ini.

Di Sabah pula isu tempatan dikatakan boleh menjejaskan jumlah undi BN.

Sebenarnya tidak ada isu tempatan yang serius di Sabah. Cuma isu patung Mazu di Kudat. Bagaimanapun, ia bukan isu besar. Kerajaan tidak setuju patung itu dibina di tempat yang dicadangkan dan sudah menyediakan tapak baru. Malangnya, ada pihak tertentu termasuk pembangkang membesar-besarkan isu itu. Saya percaya rakyat Sabah tidak akan terpengaruh. Sabah sekarang di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman semakin membangun. Masa depan Sabah amat cemerlang terutama selepas Perdana Menteri melancarkan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), baru-baru ini.(Uweekkkk)

Ketika pilihan raya kecil di Ijok, BN dikatakan terpaksa bekerja keras untuk memastikan kemenangan. Adakah ini petanda bahawa BN perlu melipatgandakan lagi usaha untuk pilihan raya umum kali ini?

BN mesti kena kerja keras setiap kali pilihan raya biarpun kita yakin boleh menang. Kita tak boleh sombong, takbur, tapi kita yakin kita boleh beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Ada rekod pencapaian selepas empat tahun Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Di era Pak Lah, segala-galanya amat memberangsangkan. Antaranya, negara stabil, ekonomi tumbuh dengan baik sehingga 6 peratus, rizab antarabangsa naik, defisit menurun, eksport naik, trade value satu trillion, ringgit bertambah kuat, inflasi rendah, harga getah dan kelapa sawit meningkat serta ringgit naik berbanding dolar Amerika. (Uweekkkk)

No2umnO - Macam pandai, dia pun sendiri kena tipu dek kerajaan. Inikan pula nak cuba beri pendapat kepada kerajaan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive