KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 18, 2008

NAJIB ... ORANG GILA YANG TAK NGAKU GILA

Rawat: "Siapa yang sakit, PAS atau UMNO?" Husam Musa

Oleh Suhana A. Samat
klpos.com

KB: Naib Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, semalam membidas sindiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengisytiharkan 2008 sebagai 'Tahun Merawat Kelantan.'

Sebelum ini, PAS mempromosikan tahun ini sebagai 'Tahun Melawat Kelantan.'

Dalam satu sidang akhbar semalam, Husam berkata:
'Sebenarnya siapa yang tidak berapa sihat? Kelantan yang tidak sihat ke atau Umno sendiri yang tidak sihat? Kita nak tahu apa sakit Kelantan. Kalau sakit pening kepala, saya rasa jumpa doktor dah cukup.

'Tetapi kalau sakit itu spiritual atau rohani dan akhlak, saya ingat Umno sendiri pun bermasalah. Pada pendapat saya, Islam yang boleh berikan rawatan rohani.'

Menurut Husam, kerajaan sekarang berdepan dengan masalah akhlak seperti penyalahgunaan dadah di kalangan belia dan skandal seks.

Mengenai tuduhan Datuk Seri Najib bahawa PAS tidak membawa pembangunan kepada Kelantan, Husam menunjukkan beberapa gambar kawasan perumahan di kawasan Pekan yang kelihatan daif.

Najib adalah Ahli Parlimen Pekan, Pahang.

'Jadi saya nasihatkan Timbalan Perdana Menteri agar baiki dulu dan majukan Pekan, barulah boleh datang rawat Kelantan. Dan saya minta PAS kawasan Pekan agar melancarkan program Merawat Pekan pada tahun 2008,' kata Husam.


Ditanya mengenai gerakan Pemuda BN dengan slogan 'Pakat Kelik Ngundi' (pakat balik mengundi) bagi menarik golongan muda yang tinggal di luar Kelantan pulang mengundi menentang PAS, Husam akur ia ancaman yang tidak dipandang ringan oleh pihaknya.

Menurutnya, dalam pilihan raya 1999, sebanyak 85 peratus daripada golongan itu mengundi PAS tetapi golongan itu beralih kepada BN dalam 2004.

Beliau bagaimanapun menarik perhatian, golongan itu mempunyai akses kepada Internet dan sedar rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan pimpinan BN.

Justeru, Husam yakin golongan itu akan memberi semula undi kepada PAS. BHS

No2umnO - Najib adalah orang GILA yang tidak mengaku GILA. Kalau sesiapa jumpa, ikat dan bawa dia ke WAD SAKIT GILA. Bukan Hishammuddin !!! Hishammuddin bawa dia ke WAS SAKIT PUAN. Monopouse dah tu !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive