KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 9, 2008

RAMAI SAMSENG KAT MALAYSIA


Remaja dibelasah tanpa salah
- Kini koma akibat kecederaan parah di kepala, patah tengkuk
kosmo

MOHD. ZAHID yang kini koma di ICU HKL selepas dibelasah sekumpulan 15 lelaki di Plaza Yow Chuan, Jalan Tun Razak kelmarin.

KUALA LUMPUR - Orang lain punya hal, orang lain yang terima padah.
Itulah yang terjadi kepada seorang remaja yang kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat dibelasah sekumpulan 15 lelaki di Plaza Yow Chuan, Jalan Tun Razak di sini kelmarin.

Mohd. Zahid Abu Samah, 18, mengalami kecederaan parah di kepala selain patah tengkuk serta mengalami pendarahan otak akibat dibelasah dengan menggunakan senjata keras dipercayai topi keledar dan besi pengunci stereng.

Difahamkan, sebelum kejadian pukul 3.20 pagi itu berlaku, Mohd. Zahid yang bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera di Taman Maluri, Cheras baru sahaja selesai minum bersama lapan rakan sekerja termasuk pengurusnya. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive