KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 9, 2008

BA tawar pendidikan percuma sepenuhnya, Anwar ingin membalas budi

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/anwarsbrgtakir2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

buletinonline

Besut, 8 Feb – Barisan Alternatif(BA) akan mengolah keuntungan Petronas untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat, sekiranya rakyat memberi mandat dan memilih BA menjadi kerajaan Pusat menggantikan UMNO/BN.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat(PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan tawaran tersebut ketika menyampaikan ceramahnya dalam siri lawatan kerja sehari ke negeri Terengganu. Lawatan beliau yang bermula di Kuala Terengganu, berakhir dengan Ceramah Perdana di DUN Kota Putra, dekat sini.

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/anwarsbrgtakir1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Apabila kita katakan kita akan turunkan harga minyak, Timbalan Perdana Menteri kata negara akan bankrap. Tidak mungkin negara bankrap kerana Malaysia mempunyai pendapatan dari cukai selain dari keuntungan Petronas, kata Anwar.

“Kita akan turunkan harga minyak, sekiranya malam ini diisytiharkan BA menjadi kerajaan, esok kita turunkan” tegas Anwar

“UMNO/BN sekarang tidak manfaatkan sepenuhnya keuntungan Petronas, sekiranya digunakan sebaiknya pasti harga minyak akan turun,”

“tahun lalu, Petronas untung RM80,000,000,000.00 (RM80 bilion)” kata Anwar.

“Dari RM80 bilion itu, kita akan manfaatkan RM10 bilion setahun, khusus untuk pendidikan, cukup untuk menampung perbelanjaan bagi sekolah rendah, menengah hingga ke peringkat universiti”,

“kita tawarkan pendidikan percuma sepenuhnya untuk rakyat” jelas Anwar.

Selain dari tawaran untuk rakyat, Anwar mengulas panjang lebar tentang isu VK Lingam yang mengesahkan penglibatan peguam VK Lingam berpakat dengan seorang ‘taukey’ judi, Vincent Tan, bagi menentukan siapa yang bakal dilantik menjadi Ketua Hakim Negara.

Selain itu, Anwar memberitahu hadirin bahawa, Timbalan Gabenur Bank Negara yang pernah memfitnah beliau telah datang untuk meminta maaf. Timbalan Gabenur tersebut telah membuka rahsia bahawa beliau sebenarnya telah diugut oleh taukey judi yang sama, Vincent Tan, supaya menandatangani surat yang memfitnah Anwar sepuluh tahun yang lalu.

“Negara kita akan hancur sekiranya terus diperintah oleh UMNO/BN. Saya bukanlah berjuang untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk membalas budi”,

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/anwarjail.gif” cannot be displayed, because it contains errors.“semasa saya dilanda kesusahan, ditangkap, dipukul, ditelanjang dan diaibkan, tuan-tuan semua yang berdoa, tidak putus-putus mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin(surah)’,

“saya merayu supaya kita membuat perubahan, memilih pemimpin yang lebih baik, dari Barisan Alternatif’ kata Anwar

Sebelum dari itu, Anwar telah menghadiri dua majlis bersama rakyat. Satu majlis tazkirah di Surau Hj Embong DUN Seberang Takir dan Ceramah Perdana di Kampung Guntong Luar, DUN Permaisuri, Setiu.pertemuan

Tiga majlis pertemuan Anwar dengan rakyat di DUN Seberang Takir, DUN Permaisuri dan DUN Kota Raja yang diadakan sehari selepas Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi mengesahkan PAS akan bertanding 60 kerusi parlimen, memberikan 'bayangan' kepada rakyat Terengganu tentang pemuafakatan pembahagian kerusi BA di DUN Terengganu.

Di Surau Hj Embong, DUN Seberang Takir, lebih 300 orang penduduk tempatan hadir untuk mendengar tazkirah dari Ketua Umum PKR itu. Turut hadir adalah Uztaz Zakaria Dagang, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus.

Di Guntong Luar, ceramah Anwar diiringi oleh Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik, Timbalan Pesruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu.

Sementara itu, Abdullah Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari ini terpaksa menafikan serta merta kenyataan yang dibuat oleh Dato' Mustaffa Ali berkaitan dividen Tabung Haji. Dato' Mustaffa Ali berjata bahawa dividen pelik 5% + 2% Tabung Haji pada tahun ini adalah satu dividen yang bertujuan untuk memancing undi.

Penafian Abdullah Md Zin di majlis tahun baru Cina Besut, satu majlis yang tiada kaitan dengan kepeintingan Tabung Haji dilihat sebagai satu kenyataan 'tersepit' UMNO/BN, yang mana umum mengetahui bahawa dividen pelik tersebut memang untuk memancing undi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive