Angkatan muda keadilan (AMK) PKR membuat laporan terhadap perdana menteri, timbalan perdana menteri serta 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang didakwanya “bersikap biadap dan menderhaka” kepada Sultan Terengganu.
Laporan tersebut dibuat oleh timbalan ketua AMK pusat, Fariz Musa, di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu jam 4.30 petang tadi.
Dalam laporannya itu, Fariz mendakwa, isu pelantikan menteri besar itu melanggar prinsip perlembagaan yang seharus menghormati keputusan sultan dan institusi beraja.
“Tindakan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan 23 Adun tersebut sebagai menderhaka dan tindakan tegas perlu diambil,” katanya dalam laporan itu lagi.
“Saya dengan ini menyatakan keputusan Duli Yang Mahu Mulia dan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) adalah keputusan yang tidak boleh diengkari dan dipertikaikan,” katanya dalam laporan tersebut. - Malaysiakini
Mar 24, 2008
Aduan polis terhadap PM, Adun BN
Labels: UMNO Derhaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment