KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 24, 2008

Ketua UMNO bahagian kecuali BESUT sokong istana

Utusan Mual
KUALA TERENGGANU 23 Mac – Semua ketua UMNO bahagian di Terengganu kecuali Besut menyokong pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, ketua-ketua UMNO bahagian di Terengganu sebulat suara menyokong pemilihan Ahmad kerana percaya beliau mampu menggalas tugas menerajui kepimpinan negeri itu.

Katanya, UMNO Terengganu mempunyai lapan bahagian iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.

Jelasnya, selain beliau selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, turut menyokong pelantikan ADUN Kijal itu yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman ialah Datuk Dr. Rosli Mat Hassan (Dungun), Datuk Abdul Rahman Bakar (Marang), Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (Kuala Nerus) dan Datuk Mohd. Jidin Shafee (Setiu).

“Cuma, saya tidak dapat menghubungi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu (Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh), tetapi saya percaya beliau juga menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar,” katanya di sini hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut yang tidak menyokong pelantikan Ahmad adalah Idris.

Menurut Tengku Putera, selaku ketua bahagian, mereka memberi jaminan akan memastikan Ahmad mendapat sokongan daripada ahli-ahli UMNO Terengganu serta rakyat.

Ini kerana beliau berpendapat, pemilihan Ahmad merupakan penyelesaian yang bijak oleh pihak Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam menyelesaikan kemelut pemilihan Menteri Besar Terengganu yang sudah berlarutan selama dua minggu.

Beliau percaya ADUN BN juga akan menyokong pelantikan Ahmad jika mereka mendapat gambaran sebenar berhubung pemilihan wakil rakyat Kijal itu.

“Ada ADUN BN yang tidak mendapat maklumat sebenar berhubung pelantikan Menteri Besar. Kami berharap semua ADUN BN mengutamakan kepentingan parti bukannya kepimpinan individu. Kepimpinan boleh datang silih berganti,” katanya.

Beliau berharap pemimpin UMNO di luar Terengganu memahami situasi serta menghormati kehendak rakyat negeri ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive