KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 16, 2008

BERUK DI SINGAPURA?

Khairy bersembunyi di Singapura?
Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Hrkh) - Banyak pihak menerima maklumat bahawa menantu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan "sedang dalam persembunyian di sebuah 'pulau' di selatan Semenanjung," kata bekas Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BBC), Datuk Ruhanie Ahmad.

"Ini membuktikan dia mungkin sememangnya tali barut kepada kuasa 'di pulau' berkenaan," dakwa beliau di dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com.


Di dalam posting bertajuk "Kekecewaan rakyat semakin memuncak - Pak Lah undurlah sebelum diundurkan..", Ruhanie juga menyeru Abdullah supaya insaf dan berundur.

"Abdullah. Dengarlah kehendak rakyat. Hormatilah tuntutan rakyat. Akurlah kepada suara hati rakyat. Kosongkanlah kerusi Perdana Menteri dan Presiden Umno dengan serta-merta demi agama, bangsa dan negara!" desak beliau.

Sementara itu, blog antikhairy.blogspot.com pula mendedahkan, rakan baik Khairy mula menghentam menantu Abdullah itu dan menyifatkan politik orang yang dikatakan paling dibenci oleh para pengundi itu adalah punca kekalahan Umno dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Rakan baik Khairy, menurut blog tersebut, yang selama ini memuji menantu Abdullah itu kini bersuara secara senyap untuk mengeji menantu Abdullah yang didakwa tidak mempunyai sifat setia kawan malah hanya rakus menentukan politik sendiri.

Menantu Abdullah juga didakwa oleh rakannya itu akan terus menyebabkan ahli Umno lain khususnya Pemuda Umno menjauhkan diri dari parti itu.

Blog tersebut bagaimanapun tidak menamakan siapa rakan baik Khairy itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive