KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 8, 2008

Lapuran Ringkas Pilihanraya 2008

KeADILan

Anwar Ibrahim undi pertama kali selepas 13 tahun

Di Parlimen Permatang Pauh, Ketua Umum KeADILan menyatakan rasa gembira beliau dapat mengundi buat pertama kali sejak 1995. Beliau dan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail membuang undi di Pusat Undi SM Penanti jam 10.45 pagi.

Anwar berkata mood “sangat baik” buat pembangkang.

Info daripada Gombak

Para pengundi berpusu-pusu menunaikan tanggungjawab mereka di Parlimen Gombak sedari awal pagi lagi. Sangat mengejutkan, pondok-pondok panas Pas & KeADILan lebih banyak dikunjungi pengundi berbanding pondok panas BN.

Jalan MMR2 daripada Ampang menghala ke Gombak sesak teruk disebabkan proses pengundian di SK Hulu Kelang di mana pengundi meletakkan kenderaan masing-masing di pinggir lebuhraya.

Dijangka lebih daripada 50% pengundi telah menunaikan tanggungjawab sehingga jam 1 petang jadi.

Info daripada Setiawangsa

Majoriti pengundi muda dan pengundi berbangsa Cina dan India dilihat mendapatkan info pengundian mereka di pondok-pondok panas KeADILan. Wujud keadaan di mana peraih undi BN memaksa pengundi agar memeriksa status mereka di pondok BN, tetapi tidak diendahkan oleh pengundi-pengundi yang ada.

Banyak kenderaan-kenderaan kelihatan bersemangat mengibarkan bendera dan menampal poster berimejkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sekitar kawasan AU2 Keramat.

Semua lancar di Kedah

Di Parlimen Sungai Petani, keadaan nampak amat memberangsangkan bagi calon KeADILan Johari Abdul. Pengundi-pengundi keluar awal dan melihat kepada petanda dan tingkah laku penduduk, sokongan cenderung kepada KeADILan. Keadaan lancar tanpa sebarang gangguan. Berita diterima 12.15 tengahari.

Di Dun Pedu, Kedah, yang menampilkan calon KeADILan Zamri Yusuf menentang MB Kedah, sumber memberitahu proses pengundian berjalan lancar. Berita diterima 12.19 tenghari.

Identiti dua pengundi dicuri hantu di Rawang

Di Dun Rawang, Selangor, sumber memaklumkan dua orang pengundi dihalang dari mengundi apabila identiti mereka dicuri oleh ‘hantu’ untuk membuang undi di Pusat Undi Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) San Yuk jam 10.30 tadi. Kecurian identiti ini ini disahkan oleh SPR.

Seorang dari mangsa diugut pegawai polis untuk tidak memfailkan laporan. KeADILan sudah membuat laporan polis berhubung dua kes ini. KeADILan menggerakkan jentera memburu pegawai polis terbabit. Berita diterima 12.57 tengahari. Laporan penuh akan menyusul.

Poster Nurul Izzah Memang ‘Hot’!

Di Parlimen Lembah Pantai, poster Nurul Izzah hampir kehabisan di ambil pengundi hingga menyebabkan jentera Lembah Pantai tak menang tangan memenuhi kehendak pegundi-pengundi Lembah Pantai.

Juga, pengundi-pengundi di saluran enam yang terdiri dari warga emas dan kurang upaya terpaksa mengundi di tingkat dua Sekolah Kebangsaan Bangsar. Berita diterima 11.23 pagi.

Kes kecurian identiti di Teja

Di Dun Teja, Perak, seorang pengundi dihalang dari mengundi selepas identitinya dicuri oleh ‘hantu’ untuk membuang undi di Pusat Undi Lawan Kuda awal pagi tadi. KeADILan akan memfailkan laporan polis. Berita diterima 12.27 tengahari.

Berita Dari SMS (tidak disahkan)

5000 undi pos tentera dipindahkan ke Bukit Bintang, 15000 ke Sungai Siput, 7000 ke Pekan dan 3000 ke Kulai.

13 bas membawa pengundi hantu menuju UITM Machang. Hantu tidur di hostel universiti. Hantu juga turut dihantar ke Jeli.

Enam bas membawa pengundi hantu ditahan Unit Amal Pas di Kemaman dan Jabi.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive