KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 14, 2008

RAJA NAZRIN DAPAT PUTERA, PKR DAPAT EXCO

Raja Nazrin Dikurniakan Seorang Putera

KUALA KLUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim telah dikurniakan seorang putera hari ini.

Putera pasangan diraja itu dilahirkan pada pukul 10 pagi di di Hospital Pakar Damansara, menurut Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit Sultan Perak di Istana Iskandariah.

Tuanku Zara dan puteranya dalam keadaan sihat walafiat, kata beliau kepada Bernama.

DAN

PKR dapat tambahan exco di Perak
Malaysiakini

TERKINI - Selepas kecewa dan mengancam keluar daripada kerajaan campuran Perak, PKR malam tadi mendapat tiga jawatan exco daripada satu yang diagihkan kepadanya semalam.

Sementara DAP pula mendapat enam exco, kurang dua daripada peruntukan awal, dan PAS kekal satu - selain jawatan Menteri Besar.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ketua-ketua parti itu malam tadi.

Malaysiakini difahamkan, tokoh DAP Lim Kit Siang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara tidak langsung dengan keputusan itu.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.

DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam).

PKR juga mendapat satu peruntukan untuk jawatan Senator.

1 comments:

Anonymous said...

pkr dgn dap ni rebut tempat nak tolong rakyat ke nak penuh kocek sendiri,tak kan budaya bn nak bawa masuk dlm pemerintahan.geramnya nasib baik mb tu pas,org semayang betul2 boleh percaya.

Posting terkini

Blog Archive