KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 14, 2008

Surat Mukhriz: Sudah Masa Untuk Penilaian Semula Yang Ikhlas II

anotherbrickinwall

Mukhriz Menjelaskan Maksud Menimbang "Suara Rakyat" dan Melakukan Sesuatu Yang "Terbaik Dan Berpatutan"

Kenyataan akhbar yang tergendala akibat ancaman keselamatan pada hari Isnin baru-baru ini di Seberang Jaya tidak menghindar Mukhriz untuk menyatakan tuntutan pengunduran Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Majlis kenyataan akhbar yang dijadualkan di Hotel Sunway Seberang Jaya pada pukul 3 petang dikatakan melibatkan sekumpulan Ketua-Ketua Pemuda negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kesemua negeri jatuh ke tangan pembangkang. Majlis itu terpaksa ditunda dan alih atas sebab ancaman keselamatan dari kehadiran sekumpulan 100 ahli-ahli gangster Pekida yang disyaki dihantar oleh Khairy Jamaluddin dan datang bersama Pemuda Bahagian Kepala Batas.

Di atas desakan pelbagai pihak termasuk Dato Seri Hishamuddin dan mengambilkira keselamatan mereka yang hadir, Mukhriz hanya mengkiaskan sahaja hasrat kenyataan kumpulan ini dengan meminta pucuk kepimpinan mendengar suara hati rakyat dan melakukan sesuatu yang patut.

Namun, pucuk kepimpinan UMNO masih tidak menghiraukan suara hati rakyat dan ahli-ahli UMNO yang sebahagian besar telah meluahkan protes mereka dengan mengundi pembangkang. Pak Lah masih bersingkap angkuh dan tetap ingin kekal sebagai Perdana Menteri dan enggan berganjak dari pendirian untuk meletakkan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kabinat yang dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pada hari Rabu Mac 12hb, 2008, Mukhriz telah mengeluarkan surat menjelaskan bahawa Pak Lah (dan Khairy) harus bertanggungjawab sebagai penyebab utama dan mengundur diri. Surat itu yang diambil dari laman web MyKMU diterbitkan berikut dan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris ada tersiar di laman blog Rocky Bru di sini.


Bagaikan kitaran sejarah berulang kembali, Tun Dr Mahathir pernah mengirim surat kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada Jun 17hb, 1969 selepas peristiwa Mei 13 1969 yang berlaku selepas kekalahan teruk Peikatan.


Dengan surat ini, Mukhriz yang berperwatakan bersopan dan baik yang sering dikatakan mengikut sifat ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali seolah-olah menunjukkan transformasi menjadi ayahnya, Tun Dr Mahathir yang berani dan tegas.

Mukhriz dianggap tidak kuat kedudokkan politiknya di dalam parti dan sering menjadi mangsa permainan politik pengecut dan politik kotor UMNO khususnya dari Khairy Jamaluddin. Adakah tindakan ini akan mengakibatkannya dipecat sebagaimana yang dilakukan oleh Tunku terhadap bapanya pada tahun 1969?

Itu tidak dapat dipastikan tetapi dikatakan Dato Seri Azalina telah menyuarakan sedemikian. Adakah pucuk kepimpinan UMNO berani memecat Mukhriz dengan kedudukkan Barisan Nasional di dalam Parlimen agak goyang? Adakah pucuk kepimpinan UMNO berani melakukan sesuatu terhadap Mukhriz yang menyuarakan keresahan hati rakyat dan ahli-ahli UMNO bawahan?

Dengan keadaan yang sedemikian, bangsa dan negara perlukan pemimpin yang berani dan tegas. Adakah masa Mukhriz telah tiba? Ledakkan tsunami kedua sedang berlaku dan Pak Lah seharusnya menerima kenyataan ini. Dia seharusnya bertindak bijak danbertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang bijak dengan menerima nasihat Mukhriz demi menjaga sisa nama baiknya.

Pak Lah harus belajar dari sejarah. Lakukan sebagaimana Napolean untuk menyerah diri apabila sudah tewas. Kekalahannya tidak menghancurkan Paris. Sejarah masih mengiktirafnya dengan penghormatan. Jangan lakukan seperti Hitler yang sanggup bertahan bermati-matian hingga membunuh diri dan negaranya hancur. Sejarah mengingati Hitler dengan imej yang amat burok. Fikirkan baik-baik, Pak Lah.

Sementara itu, penulis ada menerima sebaran SMS semalam menyatakan Dato Najib, Tan Sri Mahyuddin dan Dato Syed Hamid menentang kemasukkan Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet. Kebenaran berita ini masih tidak dapat di tentukan tetapi satu pembaharuan sedang berlaku dalam UMNO. Terima sahaja kenyataan ini demi amar makruf dan nahi mungkar.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive