KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 5, 2008

BAPA LEMPANG CIKGU

B/harian - BUTTERWORTH: Seorang guru lelaki lebam di muka selepas ditampar bapa muridnya di kantin Sekolah Kebangsaan Juru, Prai di sini, semalam.

Mohd Rizam Shamsudin, 30, guru Kemahiran Hidup, dikatakan diserang dan ditampar di pipi kiri ketika makan di kantin sekolah itu kira-kira jam 10.30 pagi.

Insiden itu berlaku di hadapan guru besar dan disaksikan ratusan murid kerana berlaku ketika waktu rehat.

Bapa murid itu dikatakan menyerang Mohd Rizam kerana tidak puas hati dengan tindakan beliau mendenda beberapa murid Tahun Lima termasuk anaknya yang membuat bising dalam kelas, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Bukit Tengah, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Mohd Anil Shah Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.

No2umnO - Aku tak mahu jadi cikgu ....sumpah

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive