KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 1, 2008

Parti Komunis Malaysia

ketuaperusuh

United Malay National Organization (UMNO) @ Parti Komunis Malaysia selama ini bertegas mengatakan bahawa mereka mengamalkan demokrasi dalam organisasi mereka. Malah mereka beriya-iya memastikan dalam semua penerbitan buku, makalah, majalah, akhbar dan sebagainya supaya menunjukkan bahawa mereka mengamalkan demokrasi.

Namun apa yang disebalik semua gambaran demokrasi ini adalah bayangan (hantu) yang sebenarnya bertapak dalam diri mereka iaitu mereka tidak langsung mengamalkan budaya demokrasi dalam organisasi mereka. Malah bila ada dikalangan mereka yang mengutarakan keperluan melaksanakan satu hak yang termaktub dalam perlembagaan mereka, pimpinan atasan akan menyekat dengan pelbagai dalih.

Kita boleh dengar pimpinan utama UMNO @ Parti Komunis Malaysia yang akan mengatakan bahawa semua bahagian UMNO @ Parti Komunis Malaysia bersetuju bahawa sistem quota dalam menentukan pencalonan dikekalkan. Namun kenapa semua ini kita dengar dari pimpinan atasan yang sepatutnya dicabar. Bukankah wajar kita mendengar sendiri dari semua bahagian dan akar umbi UMNO @ Parti Komunis Malaysia.

Inilah contoh yang ditonjolkan dalam UMNO @ Parti Komunis Malaysia yang sekaligus menafikan hak ahli untuk memberikan pandangan mereka. Ini kerana sekonyong-konyong pimpinan atasan UMNO bercakap bagi pihak semua bahagian (walaupun hampir 70% bahagian tidak bersetuju dengan cakap-cakap pimpinan atasan UMNO).

UMNO kini sebenarnya seperti Parti Komunis Malaysia. Dalam Parti Komunis, biasanya calon pimpinan atasan tidak boleh ditandingi. Malah pelbagai alasan dan taktik digunakan untuk memastikan bahawa pimpinan atasan tidak tergugat.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive