KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 29, 2008

PENGARAH JAIP DIARAH BERTUKAR

Opppsss .... jangan cepat melompat. Kita baca berita dulu.

Tajuk bernama

Pengarah JAIP Diarah Bertukar Oleh Menteri Besar

Tajuk Utusanmeloya
MB Perak arah Pengarah JAIP bertukar

Tajuk BHarian
Pengarah Jaip diarah bertukar oleh Menteri Besar Perak

Ini ceritanya
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diminta keluar dari pejabatnya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi.

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri yang mengesahkan perkara itu berkata Jamry telah dihubungi menerusi telefon oleh Mohammad Nizar untuk berbuat demikian tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa bagi membela dirinya.

Tidak pula diberitahu ke pejabat mana Jamry ditukarkan.

Sementara itu, Jamry ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa beliau akan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini di Istana Kinta di Ipoh.

“Setakat ini saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu. Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan mengenainya selepas mengadap Sultan petang ini,” katanya.

No2umnO - Kita semua tahu Agama di bawah tanggung jawab siapa? Sebelum MB Perak buat keputusan, mungkin sudah ada perbincangan. Sebelum ini, Mufti Perak dan YM Sultan Perak yang banyak ambil berat soal agama. Siapa sebenarnya si Datuk Jamry Sury ni? Kita tunggukan lapurannya selepas beliau bertemu Sultan. Takkan MB Perak suka suka buat keputusan. Dia arif akan implikasinya, so sabar......kita tunggu ........

2 comments:

Anonymous said...

Sabar dan Tungguuuuuuuu!!!!! boto cakap Wak tu!

rasaBijak said...

alaa wak.. cakap laa ulasan wak..

saya dah taleh sabar taleh tunggu nii.. taleh nak tidur asyik mikirkan MB Nizar nii..

Posting terkini

Blog Archive