KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 13, 2008

PERJUANGAN MELAYU PERJUANGAN BATANG PISANG

KUALA LUMPUR 12 April - Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kira-kira 3,000 peserta menghadiri majlis tersebut yang dianjurkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang dikenali sebagai Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

NGO terlibat ialah Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - Utusan meloya.

Radenjowo
Melayu, satu kaum yang dulunya dikhabarkan gemilang, terbilang tetapi sekarang ramai yang sudah temberang. Ramai Melayu tapi nilai jati melayu sebenarnya sudah hancur. Yang ada sekarang adalah susur galur melayu yang menanti untuk terus lebur dan meleleh leleh. Semuanya gara gara pemimpin Melayu UMNO yang lupa bangsa dan mahu membina bumi mereka sendiri. Kaya raja macam dunia ini mereka yang punya.

Melayu ada yang kafir, Islam dan murtad. Tak boleh nak kata Melayu itu semuanya Islam kerana darah keturunan Melayu tidak membawa bersama agama. Melayu akan kekal sebagai Melayu walaupun beragama lain. Melayu akan kekal sebagai Melayu walaupun mereka itu hidup seperti mat Salleh. Maka sekarang ramai Melayu dah jadi melayu celup. Semuanya kerana Melayu sendiri sudah lupa tentang Islam dan budaya melayu.

Bila bercerita tentang perjuangan bangsa Melayu, baru lah Melayu menjadi Melayu. Jalannya tunduk kebumi, Bahasanya berpantun dan syair, berkain songket, berbaju kurung dan berbaju melayu, berselindang, bersamping dan berkeris. Tapi dipoket terselit PEN 'Montblanc' buatan bangsa Eropah. Jam tangan yang harga nya beribu ribu hasil buatan bangsa lain. Malah air mineral yang dibotol dan dijual oleh bangsa lain. Ikhlas kah melayu berjuang?

Perjuangan melayu menjadi karut apabila ada pemimpin yang menggunakan Melayu sebagai batu loncatan. Bersilat masa nak jadi pemimpin dan bila sudah menjadi pemimpin, semua nya berubah menjadi sotong dan kaki kelentong, dibelai dengan helaian note berwajah gabenor. Silat nya berterabur, tanjaknya sudah tidak melilit kepala tetapi menutup mata.

Kerana ada pemimpin yang sebegini, maka bangsa melayu pun hilang selera untuk menjadi penyokong dan meninggalkan kumpulan Melayu.

Yang lain, tak payah cerita tentang bangsa. Itu sebab di dalam Melayu sendiri pun sudah tak karuan. Mamak dengan mamaknya, Syed dengan Syednya, Bajau dengan bajaunya, jawa dengan jawanya, banjar dengan banjarnya dan banyak lagi.


Perjuangan Pemimpin Melayu untuk istana ini

Perjuangan bangsa melayu selama ini untuk sekadar hidup

Perjuangan Melayu adalah hanya untuk masa terdesak. Kalau sebelum ini perjuangan Melayu untuk kuasa. UMNO merujuk kepada perjuangan Melayu hipokrit. Kalau Melayu jenama seperti ini berhimpun, maka ramai lah bangsa Melayu yang berebut kuasa. Setiap tahun sepanjang masa bercerita tentang jawatan dan pangkat, peluang dan bagaimana untuk menjadi kaya. MElayu akan pulang kepada perjuangan, apabila UMNO kalah teruk. Bercakap tentang perjuangan, tapi hati tuhan sahaja yang tahu. Mungkin berlaku seperti dahulu apabila Melayu dipanggil untuk menjadi benteng, sedangkan ketua ketua duduk berdengkur dan tunggu keputusan. Kalau berjaya ...... aku kaya. Akhirnya melayu jadi batang pisang yang tunggu waktu di cucuk oleh todak.

Hasil dari 13 Mei, Cina berdendam sampai lah sekarang. Mereka kukuhkan ekonomi mereka. Tindakannya seperti yahudi. Senyap, negeri kecil, di kecam seluruh dunia, Perlahan lahan bangun memegang kuasa ekonomi dan sekarang semua negara tunduk padanya. Itu lah kaedah yang cina pakai sekarang. Melayu seperti bangsa Arab. Berkokok dan tunduk pada kuasa Barat.

Selepas UMNO berjaya ambil semula kuasa. Melayu terbahagi kepada 2 kelompok utama. Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO. Kalau nak bantu, kena jadi Melayu UMNO. Jika tidak, tak payah bantu. Kalau tak bercop Dacing dan UMNO di dahi, jangan berangan nak rumah murah. Bukan free, benda kena beli pun tak boleh. Kalau nak berniaga, kena menjadi Melayu UMNO baru boleh dibantu, kalau tidak menjaja saja lah nasi lemak di tepi jalan. Usahkan pinjaman, bantuan pun tak tentu lagi. Silap silap gerai pun kena angkat penguatkuasa, sedangkan restoran bangsa lain semakin membesar dan semakin melebar. Nak ngadu pada siapa kalau Melayu yang ada kat atas lebih tunggul dari tunggul.

Ada pihak yang menjadi kan UMNO sebagai Pelampung aras bangsa Melayu. Bila UMNO kalah, Melayu hancur. Maka bergegaslah mereka berkumpul. Dipanggilnya raja dan NGO untuk kuatkan sokongan. Sebelum ini, UMNO sendiri pun tendang raja ketepi. Tapi perhimpunan yang baru ini tidak ditaja oleh UMNO kecuali adalah segelintir NGO yang ombaknya sentiasa biru walau lambangnya hijau, seperti PEKIDA. Kalau ada NGO seperti ini, kepala terbayang adanya UMNO di belakang, Tapi UMNO sekarang malu malu kucing. Tak tunjuk wajah, ekor yang kelihatan.

Berjayakah mereka membangkitkan lagi semangat Melayu atau melayu sudah tidak mahu mengaku Melayu? Aku tidak mengaku menjadi Melayu tetapi aku adalah Islam. Kalau berjuang untuk Islam, kita bangun dan tentang, tapi kalau setakat Melayu ..... baik aku tidur dan bangun bila perlu.

Kalau aku melayu, aku mahu serang siapa? Cina dan India pun ada yang menjadi saudara seislam ku? Huhhh....serba salah dan aku kata perjuangan melayu adalah perjuangan orang yang keliru. Tak tau apa yang diperjuangkan kecuali berkokok untuk jaga pangkat pemimpin.

Aku tak mahu ditipu lagi. Bukan mudah untuk berjaya, kehulu dan kehilir harap belas ehsan pada pemimpin, tak der satu pun yang mereka bantu. Sekarang aku masih disini, dah muak dengan janji manis perjuangan melayu. Aku tak mahu lagi menjadi BATANG PISANG. Kalau berperang, aku kedepan. Bila dah berjaya, aku disisihkan....

Nak tahu kemana perjuangan melayu? Rujuk berikut, gila pangkat dan yang ditentang adalah melayu sendiri.
Mat Taib blames UMNO leaders for its own loss
Rahim Thamby Chik Willing To Contest Any Post In Umno
sape kaya di kalangan orang UMNO??
Isu Selangor FM. Celuparnya Ahmad Sabree.
Mat Taib kata Umno kalah sebab pemimpin angkuh
Alahai Rahim Tamby Chik
Shabery mula tiru perangai Zainuddin Maidin

2 comments:

Anonymous said...

uwweeekkkk...!!!!
uwek
uwweekkss....
muntah den lepas baca coretan wak pasal umno ni....pandai jugak wak menyimpol yee....

wak.....istana sape yg besor sangat tuu..????

Anonymous said...

5 ujian besar utk org mukmin.
1.org kafir yg nak memerangi mereka.
2.org mukmin yg dengki pd.mereka.
3.org munafik yg benci pd. mereka.
4.syaitan yg nak menyesatkan mereka.
5.hawa nafsu yg merangsang utk merosak keimanan.maka berhati2lah.

Posting terkini

Blog Archive