KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 30, 2008

4 Polis di tahan BPR kerana cuba tutup kes dadah

MStar - Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan empat anggota polis, seorang daripadanya wanita, di beberapa tempat berasingan di sini awal hari ini kerana dipercayai terbabit dalam kes rasuah.

Bernama difahamkan mereka yang ditahan masing-masing berpangkat ASP, Sarjan serta dua Lans Koperal yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 40an dan bertugas di Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Mereka ditahan reman sehari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mereka cuba menutup kes membabitkan lelaki yang ditahan kerana memiliki dadah.

Kesemua mereka dipercayai dibebaskan esok dengan ikat jamin BPR.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan anggota terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber BPR yang dihubungi turut mengesahkan penahanan itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive