KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 30, 2008

Siapa yang fitnah?

ezam and umno 280508Ezam nafi mahu tanding ketua Pemuda
malaysiakini - Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini menafikan beliau berminat bertanding jawatan utama, termasuk ketua Pemuda, apabila menyertai Umno kelmarin.

Beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding jawatan tersebut atau mana-mana jawatan utama parti.

"Saya tidak mahu terbabit dan terlibat dalam perebuatan jawatan parti.

"Fokus saya sekarang adalah semata-mata untuk membantu kepimpinan dalam agenda perubahan dan pembaharuan di dalam parti dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.... selanjutnya.
ini kata utusan Meloya
PETALING JAYA 29 Mei - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.
No2umnO - Siapa yang buat fitnah? Kenapa tak der tindakan? Asyik asyik blog juga yang kena.

1 comments:

Anonymous said...

Saya salute dengan DSAI tetapi tidak kepada Ezam. Memang DSAI seorang negarawan. Beliau tidak pun mengutuk atau menghina Ezam semasa menyertai UMNO. Tetapi kita lihat lidah bercabangnya di mana beliau telah mengutuk dan menghina DSAI. Agama Islam melarang kita mengaibkan seseorang. Memang patut beliau masuk UMNO semula kerana memang UMNO suka kepada budaya mengaibkan seseorang. Bertaubatlah Ezam sebelum Allah turunkan bala keatas kamu seperti mana Allah turun bala kepada rakyat Myanmar dan China.

Posting terkini

Blog Archive