KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 3, 2008

Mudah sahaja jika mahu kalah - Mohamad Sabu

Siasahdaily - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, kejayaan yang mereka capai dalam pilihan raya ke 12 lalu kerana rakyat melihat mereka bersatu dan tidak saling serang menyerang antara satu sama.

"Jika mahu jatuh, bergaduhlah dan seranglah antara satu sama lain, sebagaimana kita buat semasa pilihan raya 2004 lalu," kata Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Kawasan Selayang di Dewan Merdeka, Kuang 1 Mei lepas.

Lebih 200 para perwakilan dari 28 buah cawangan PAS seluruh Selayang menyertai mesyuarat agung itu.

Mohamad dipercayai merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan khasnya DAP dan PAS sejak kebelakangan ini terutama dalam isu negara Islam.

"Kalau kita nak kalah senang je. Kita pakat kutuk sesama kita. PAS kutuk DAP, DAP kutuk PAS. PKR curigai DAP dan PAS, manakala PAS pula curigai PKR. Akhirnya kita pun akan bergaduh dan bila tiba pilihan raya kita kalahlah," kata Mohamad. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive